Digital Special Collection Portal

Penjenamaan Semula Kasih Rabiatul Cake House


Citation

Nor Amariya Mat Nor (2015) Penjenamaan Semula Kasih Rabiatul Cake House. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian yang dijalankan terhadap kedai bakeri Kasih Rabiatul Cake House adalah berdasarkan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Seri Mustapha Mohamad yang menyeru para pengusaha yang menjalankan perniagaan secara Industri Kecil dan Sederhana (IKS) supaya lebih kreatif dan berinovasi dalam mengukuhkan lagi jenama produk supaya boleh berkembang ke peringkat yang lebih tinggi setanding dengan IKS luar negara.Terdapat beberapa masalah yang timbul menyebabkan usahawan IKS kurang menyerlahkan kreativiti dalam proses penjenamaan sama ada dari segi produk mahupun syarikat itu sendiri.Dengan adanya kajian ini mungkin akan dapat mambantu sedikit sebanyak usahawan IKS melakukan proses penjenamaan semula dengan cara yang lebih kreatif dan berinovasi.Setiap proses penjenamaan semula yang telah dilakukan seharusnya akan meningkatkan lagi keuntungan syarikat dan akan lebih dikenali oleh pelanggan baru akan kewujudan perniagaan yang dijalankan.Proses penjenamaan semula termasuklah merekabentuk jenama yang baru,logo organisasi,pengiklanan,pembungkusan dan sebagainya.Konsep yang sesuai dengan perniagaan yang dijalankan perlu diketengahkan serta memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju sesebuah proses penjenamaan semula.Kaedah proses penjenamaan semula yang dijalankan ke atas Kasih Rabiatul Cake House termasuk menukar nama kedai kepada KR BAKERY kerana nama ini lebih sesuai untuk dikomersialkan kepada pelanggan.Selain itu,untuk mengekalkan idea asli nama asal kedai yang telah diinspirasikan oleh pemilik kedai nama Kasih Rabiatul masih dikekalkan dalam bentuk akronim iaitu KR manakala Cake House ditukar kepada BAKERY kerana kedai ini menjual pelbagai jenis roti,donut,pastri dan juga kek dan tidak hanya mengkhususkan kepada pembuatan kek sahaja.Disamping menukar nama kedai,kaedah lain yang digunakan dalam proses penjenamaan semula ialah melalui pembungkusan dan juga identiti korporat kedai yang terdiri daripada logo,sampul surat rasmi,kad perniagaan serta uniform rasmi kedai iaitu apron.Logo yang dihasilkan menonjolkan identiti pemilik kedai dan konsep yang digunakan untuk menghasilkan penjenamaan kedai ialah berunsurkan islamik sesuai dengan persekitaran kerja yang diaplikasikan oleh pemilik kedai yang menerapkan unsur-unsur islam terhadap proses pembuatan produk yang dihasilkan.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2015
Number of Pages: 61
Supervisor: Nuzul Haqimi Bin Muhammad
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Subjects: N Fine Arts > NE Print media
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5298
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2