Digital Special Collection Portal

Memperkenalkan alat seni muzik warisan melalui buku ejaan kanak-kanak


Citation

Mohd Redza Alfiz Bin Mutti (2015) Memperkenalkan alat seni muzik warisan melalui buku ejaan kanak-kanak. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Variasi seni muzik warisan di Malaysia adalah hasil campuran pelbagai etnisiti di negara ini.Istimewanya, pelbagai etnik termasuk kaum majoriti Malaysia iaitu Melayu,Cina,India serta Bumiputra Sabah dan Sarawak bergabung menghasilkan alunan muzik nusantara yang unik yang tidak terdapat di negara lain. Muzik tradisional secara amnya digunakan sebagai lambang budaya sesuatu bangsa selain daripada tujuan untuk hiburan dan mengiringi upacara-upacara adat tertentu. Pelbagai muzik
tradisional yang terdapat di Semenanjung Malaysia bahkan Sabah dan Sarawak.Kajian ini dijalankan kerana semakin ramai rakyat Malaysia yang sudah melupakan alatan muzik ini.Kajian ini juga dijalankan untuk memperkenalkan semula alat muzik ini melalui buku ejaan kanak-kanak. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui soal selidik dan juga melalui kaedah kualitatif iaitu pemerhatian dan temu bual. Buku ejaan kanak-kanak ini menggunakan gambar alat muzik sebagai
penarik minat kanak-kanak untuk mendekati buku ini. Rekabentuk dalaman buku ini menggunakan warna biru dan merah kerana ianya mewakili kanak-kanak lelaki dan
perempuan.Selain itu,tipografi yang digunakan adalah Century Goathic.Tipografi ini merupakan tipografi yang sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya senang untuk
dibaca.Rekabentuk yang dihasilkan akan dapat memberi gambaran yang jelas kepada kanak-kanak supaya mereka lebih mudah untuk mengingati gambar tersebut.Oleh itu,
diharapkan penghasilan buku ejaan kanak-kanak ini dapat membantu untuk memperkenalkan semula alatan seni muzik warisan kepada generasi moden pada masa kini agar ia tidak pupus ditelan zaman.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2015
Number of Pages: 71
Supervisor: Dr. Iwan Zahar
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Subjects: M Music and Books on Music > M Music
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5295
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2