Digital Special Collection Portal

Satu kajian masyarakat "Upcycle" konsep dalam rekabentuk perabot


Citation

Shafirul Azri Mohd Raffi (2017) Satu kajian masyarakat "Upcycle" konsep dalam rekabentuk perabot. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

“Upcycled' merupakan satu prosses menukarkan bahan lama kepada sesuatu yang baru,cantik dan kreatif. Proses ini juga penting bagi menjaga eco system alam sekitar. Dengan adanya proses upcycled,longgokkan sampah akan dapat dikurangkan dan dapat mengurangkan sisa buangan ke tempat pelupusan sampah. Perabot upcycled pula merupakan gabungan idea kreatif dan minat seseorang dalam mengubah sesuatu benda kepada perabot. Proses ini memerlukan tenaga yang kuat bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Proses mengambil kira rekabentuk dan bahan yang digunakan untuk mereka cipta sebuah perabot. Inovasi perlu dilakukan kepada perabot upcycled ini,kerana ianya dapat menjimatkan kos untutk pembelian perabot baru.Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji sejauh mana perabot upcycled mampu mengurangkan kos pembelian perabot baru serta mengkaji kesan upcycled terhadap alam sekitar. Kajian ini lebih menjurus kepada mengajar masyarakat berjimat dalam perbelanjaan. Dengan adanya kajian ini,sedikit sebanyak dapat membantu goglongan yang berpendapatan sederhana yang menetap dikawasan bandar. Kajian ini dibataskan kepada golongan masyarakat yang berpendapatan rendah yang menetap di pangsapuri Vista Serdang. Kajian ini dilakukan dalam kaedah soal selidik iaitu kaedah kuantitatif. Pengumpulan data dalam penyelidikan ini menggunakan data primer seperti kajian perpustakaan dan data sekunder iaitu melalui kaedah kajian lapangan seperti pemerhatian, tinjauan, temu bual dan soal selidik. Hasil dapatan kajian yang menggunakan pemerhatian dan temu bual telah membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumat sekali gus menjawab persoalan dan mencapai objektif kajian .Maklumat yang diperolehi akan dianalisis dan diterjemahkan bagi menjawab persoalan kajian. Hasil daripada dapatan kajian akan dibawa kepada perbincangan untuk mengetahui hasil daripada ketiga-tiga kaedah yang digunakan dalam penyelidikan.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2017
Number of Pages: 44
Supervisor: Mohd Azmeer Bin Abdul Moin
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5293
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2