Digital Special Collection Portal

Keberkesanan mempelajari sejarah kerajaan Melaka dalam permainan video.


Citation

Muhammad Sharafiq Bin Nor Sharif (2017) Keberkesanan mempelajari sejarah kerajaan Melaka dalam permainan video. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mencari kaedah altenatif bagi memberi pendidikan sejarah Tanah Melayu dalam skop kajian mengenai sejarah kegemilangan Kerajaan Melaka.Dalam kajian yang dilakukan ini,kaedah altenatif yang digunakan adalah penqadaptasian sejarah kegemilangan Kerajaan Melaka dalam permainan video berlandaskan Android iaitu permainan video mobil.Permainan video mampu meningkatkan daya kognitif pemainnya,dengan itu pemain mampu meningkatkan daya ingatan dan pemikiran sambil bermain. Kajian ini untuk mengaitkan cara alternatif pembelajaran yang lain dengan mempelajari sejarah Tanah Melayu dalam permainan video.Pemain akan dapat berfikir dan mengingati fakta sambil berfikir untuk menghabiskan permainan video tersebut.Permainan video ini merupakan salah satu cara untuk membantu pembelajaran seseorang itu dengan peningkatan keupayaan kognitif dalam permainan yang terlatih secara tidak langsung semasa bermain permainan video.Selain itu,permainan video yang bagus adalah permainan video yang mempunyai cabaran dan halangan yang logik serta mempunyai peraturan yang adil.Kerana ianya dapat melatih pemain untuk mengikut peraturan dan berfikir.Permainan yang mempunyai tahap cabaran yang berperingkat dan memerlukan pengiraan dan berfikir adalah antara ciri-ciri permainan video yang bagus untuk bermain.Kesemua ciri-ciri permainan video tersebut amat bagus untuk melatih pemain meningkatkan keupayaan kognitif mereka.Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap beberapa responden yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah melalui borang soal selidik dan temu bual dengan beberapa orang guru mata pelajaran Sejarah, terbukti permainan video mampu memberi kesan yang baik terhadap mempelajari sejarah Tanah Melayu.Berdasarkan soal selidik yang dilakukan,permainan video mampu meningkatkan kemampuan kognitif mereka dan juga ianya mendapat respon yang positif daripada responden merujuk kepada keberkesanan mempelajari Sejarah melalui permainan video.Kajian ini juga mendapat respon yang positif daripada temu bual yang dilakukan terhadap beberapa guru mata pelajaran permainan video berkaitan dengan tajuk yang dibincang.Berdasarkan pengalaman mereka mengajar,mereka bersetuju dengan menggunakan cara alternatif seperti permainan video untuk memberi pendidikan dalam mata pelajaran Sejarah.Permainan video yang dulunya merupakan hiburan dapat meningkatkan keupayaan kognitif kepada pemain.Daripada kesedaran tersebut banyak permainan video kini yang dihasilkan mempunyai kemampuan untuk meningkatkan lebih lagi keupayaan kognitif pemain.Permainan video yang berunsurkan cabaran,memerlukan kebolehan untuk menyelesaikan masalah.Permainan video yang memerlukan daya ingatan yang tinggi dan lain-lain lagi telah banyak dihasilkan.Hasil daripada pemerhatian tersebut dan juga hasil daripada dapatan kajian yang dihasilkan.Permainan video mampu membantu para pemain untuk mempelajari sejarah Melaka.Permainan video mampu meningkatkan keupayaan kognitif minda mereka dan juga mampu meningkatkan daya pemikiran mereka.Dengan menggunakan plot cerita dalam permainan video tersebut yang diadaptasikan daripada sejarah Tanah Melayu mampu membantu pelajar untuk mempelajari sejarah Tanah Melayu sambil berhibur.Dengan cara ini berkemungkinan mampu menarik minat ramai pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw.umk.edu.my

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2017
Number of Pages: 59
Supervisor: Dr. Tan Tse Guan
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5291
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2