Digital Special Collection Portal

Cinta Dalam Apabila Langit Langit Karya Suhaimi Haji Muhammad: Satu Perspektif Rasa Insaniah


Citation

Yusof, Shahirah (2019) Cinta Dalam Apabila Langit Langit Karya Suhaimi Haji Muhammad: Satu Perspektif Rasa Insaniah. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Kajian ini adalah untuk menganalisis pemikiran dari sudut Cinta dalam kumpulan puisi yang bertajuk Apabila Langit Condong oleh sasterawan negara, Suhaimi Haji Muhammad. Kajian ini memfokuskan pemikiran Suhaimi Haji Muhammad dalam mengambarkan Cinta terhadap persahabatan, Cinta terhadap keluarga, Cinta terhadap Allah SWT dan sebagainya di dalam kumpulan puisi Apabila Langit Condong. Suhaimi Haji Muhammad merupakan anak kelahiran perak yang telah memenangi anugerah penulis (Sasterawan) Perak dan juga anugerah S.E.A Write Award pada tahun 1995 di Bangkok. Beliau sangat dikenali sebagai penyair dengan puisi surealismenya. Selepas beberapa tahun, Suhaimi Haji Muhammad mula memfokuskan terhadap puisi yang mengandungi Cinta terhadap Ilahi. Antara puisi pilihan dalam kumpulan puisi tersebut ialah Tinggi, Masuk Rumahku, Perpisahan ltu, Suatu Ketika Di Dunia Laut, Jadual Politik, Kisah Si Kundur, Ziarah Kuburan, Arwah, Matahari dan Aku. Kelima-lima puisi tersebut akan dikaji dengan menggunakan Model Rasa Insaniah. Kelima-lima puisi tersebut dikaji dengan menggunakan Model Rasa Insaniah. Teori tersebut dikeluarkan Shamsuddin Othman. Menurut Shamsuddin Othman di dalam seminar Sasterawan Negara Shahnon Ahmad pada 2007, Model Rasa Insaniah merupakan hasil pengubahsuian dan penambahbaikan antara tiga toeri tempatan iaitu Teori Takmilah, Teori Pengkaedahn Melayu dan Teori Rasa-Fenomenolgi. Model Rasa Insaniah ini digunakan melalui tiga prinsip utama iaitu Prinsip Pengabdian kepada Allah SWT, prinsip pengucapan beradab dan prinsip kehalusan makna. Kajian kualitatif amat sesuai digunakan di dalam kajian ini dalam memperoleh data dengan kajian keperpustakaan, temubual, analisis dokumen dan sebagainya. Sumbangan yang didapati daripada kajian teks ini adalah dapat mengeluarkan rasa Cinta bukan sahaja kepada Allah SWT namun terhadap makluk ciptaan-Nya juga. Puisi Suhaimi Haji Muhammad amat sesuai dijadikan sebagai kajian kerana puisi-puisinya kini meningkatkan kesedaran terhadap Cinta yang sepatutnya diluahkan.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: https://ftkw.umk.edu.my

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2019
Number of Pages: 91
Supervisor: Dr. Nordiana Bin Ab Jabar
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan (Kesusasteraan Warisan) dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4871
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2