Digital Special Collection Portal

Strategi Pemuliharaan Ekosistem Rama-Rama : Kajian Kes Taman Rama-Rama Kuala Lumpur.


Citation

Siti Nuraishah Jasman (2019) Strategi Pemuliharaan Ekosistem Rama-Rama : Kajian Kes Taman Rama-Rama Kuala Lumpur. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). (Submitted)

Abstract

Kajian ini menerangkan skop dan kaedah yang dijalankan oleh Taman Rama-rama Kuala Lumpur (TRRKL) berkaitan pemuliharaan ekosistem rama-rama secara in-situ dan ex-situ. Pada konsep asasnya TRRKL beroperasi sebagai sebuah insektarium semi-semulajadi dan menempatkan kira-kira 2000 hingga 3000 ekor rama-rama dewasa dalam satu-satu masa. Kaedah pemuliharaan yang dijalankan dilihat sebagai sebuah indikator terbaik yang seharusnya dilaksanakan memandangkan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar yang pesat dengan aktiviti pembangunan. Selain itu juga, sebelum rama-rama dipulihara dengan baik, pihak TRRKL memastikan setiap keperluan rama-rama bagi semua spesis disediakan dengan baik. Hal ini termasuklah keperluan pokok perumah bagi semua kitaran hayat rama-rama dan kesesuaian suhu dan cuaca. Tambahan lagi dari sudut perundangan iaitu Akta Hidupan Liar 2010, Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan International United Conservation Nature (IUCN) telah menyenaraikan spesis rama-rama yang terkawal kerana hampir kepupusan dan populasinya semakin berkurangan di habitat asal. Insektarium merupakan salah satu kaedah yang diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1994. Pengurusan insektarium TRRKL sememangnya amat memainkan peranan penting supaya spesis rama-rama yang dipulihara kekal terus berada dalam semi-semulajadi yang telah dibangunkan.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2019
Number of Pages: 121
Supervisor: En.Tsuji Shyuji
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4822
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2