Digital Special Collection Portal

Susun Atur Pemikiran Kepengarangan A Aziz Deraman Dalam Puisi Terpilih Gelora Nurani Menggunakan Pendekatan Strukturalisme.


Citation

Siti Halissa Muhamad Jamil (2019) Susun Atur Pemikiran Kepengarangan A Aziz Deraman Dalam Puisi Terpilih Gelora Nurani Menggunakan Pendekatan Strukturalisme. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). (Submitted)

Abstract

Kajian ini menumpukan penganalisan terhadap Kumpulan Puisi Gelora Nurani karya A aziz Deraman yang memfokuskan kepada pengkajian terhadap susun atur pemikiran A Aziz Deraman dalam Kumpulan Puisi Gelora Nurani yang dapat
menyedarkan masyarakat tentang kehidupan masyarakat lain diluar sana, juga tentang budaya yang dibawa oleh masyarakat secara tidak langsung dengan menekankan dari sudut ekonomi, politik, sosial dan bahasa. Kumpulan Puisi Gelora Nurani dihidangkan sebagai satu bicara tentang agama, manusia dan kemanusiaan, dunia dan keduniaan, kuasa dan kekuasaan, negara dan kenegaraan, pemikiran
mengiringi isu dan persoalan perjalanan hayat manusia antara alam dengan tuhan, dan antara makhluk dengan tuhan. Oleh itu, dengan adanya kajian ini dapat
memaparkan kepada khalayak bahawa puisi bukan sahaja tertumpu kepada kehidupan masyarakat sahaja tetapi juga telah memfokuskan tentang perihal duniawi masyarakat dalam pemikiran A Aziz Deraman. Melalui analisis Kumpulan Puisi Gelora Nurani ini memperlihatkan pengaplikasian terhadap teori Strukturalisme dalam pemikiran A Aziz Deraman. Pendekatan ini adalah cara terbaik yang digunakan untuk menyelongkar unsur masyarakat diluar sana terhadap kehidupan sebenar individu mahupun sesebuah
masyarakat itu sendiri. Hasil kajian ini juga dapat memperlihatkan sejauhmana permasalahan sosial yang berlaku di dalam Kumpulan Puisi Gelora Nurani ini.
Kemudian, penganalisan terhadap kesan kepengarangan dan pemikiran A Aziz Deraman sendiri dalam Kumpulan Puisi Gelora Nurani ini mampu menonjolkan pemikiran pengarang dan sesuai dianalisis dari sudut individu, masyarakat
dan negara dalam mencari pokok persoalan yang ingin disampaikan dengan hanya melalui puisi sekaligus mampu mengangkat karya Kesusasteraan Melayu dengan lebih baik.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2019
Number of Pages: 95
Supervisor: Dr. Nordiana Binti Ab Jabar
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4809
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2