Digital Special Collection Portal

Pemuliharaan Hadrah Sebagai Warisan Tidak Ketara di Negeri Perlis


Citation

Ruslim, Hazlin Ashiqah (2019) Pemuliharaan Hadrah Sebagai Warisan Tidak Ketara di Negeri Perlis. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Warisan tidak ketara adalah ilmu dan kepakaran yang ditafsir melalui tradisi lisan, nilai-nilai adat dan budaya, bahasa dan persuratan. Hadrah adalah salah satu daripada seni persembahan tradisional yang dipraktikkan di negeri Perlis. Oleh iłu, kajian ini dijalankan untuk meneroka sejarah perkembangan Hadrah di negeri Perlis. Seterusnya untuk menganalisis sumbangan Hadrah dałam masyarakat negeri Perlis dan mencadangkan pemuliharaan Hadrah di negeri Perlis sebagai warisan tidak ketara. Dałam menganalisis sumbangan Hadrah kepada penduduk negeri Perlis, Teori Fungsional Struktural daripada Brinkerhoff dan White (1989) yang menyatakan terdapat tiga pendapat ułama iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi telah digunakan. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kualititif yang melibatkan pengumpulan data melalui pemerhatian, temu bual,
analisis maklumat dan nota kajian lapangan. Hasil kajian mendapati bahawa sejarah perkembangan persembahan Hadrah dibawa oleh pedagang Arab. Pada mulanya persembahan ini dipersembahkan di istana-istana, kemudiannya berkembang dałam kalangan rakyat Malaysia. Sumbangan Hadrah kepada penduduk kampung adalah dari segi ekonomi, sosial dan pemuliharaan. Dari segi ekonomi, persembahan ini telah menyumbang kepada pendapatan bagi ahli Kumpulan Setia Jaya. Hal ini demikian kerana mereka kerap menerima undangan untuk membuat persembahan di majlis-majlis keraian. Seterusnya, aktiviti sosial masyarakat setempat dapat diperkukuhkan bukan sahaja melalui persembahan Hadrah tetapi juga melalui persiapan membina bangsal sebelum mempersembahkan Hadrah. Kumpulan Hadrah Setia Jaya telah menghasilkan beberapa rakaman persembahan mereka untuk dijadikan sebagai rujukan generasi akan datang sekali gus meningkatkan aktiviti pemuliharaan bagi persembahan ini. Cadangan pemuliharaan yang dikenalpasti adalah melibatkan pihak kerajaan, media massa, masyarakat, individu dan kajian akan datang untuk memastikan kelestarian Hadrah di negeri Perlis sentiasa terjamin.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: https://ftkw.umk.edu.my/

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2019
Number of Pages: 84
Supervisor: Cik Daeng Haliza Binti Daeng Jamal
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4792
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2