Digital Special Collection Portal

Nasi Kandar: Penerimaan Masyarakat di Seberang Perai sebagai Makanan Warisan Pulau Pinang


Citation

Ridzuan, Nik Nurul Asfarina (2019) Nasi Kandar: Penerimaan Masyarakat di Seberang Perai sebagai Makanan Warisan Pulau Pinang. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian ini bertujuan meneroka sejarah dan perkembangan Nasi Kandar di Pulau pinang. Selain itu, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti potensi Nasi Kandar sebagai makanan warisan di Pulau Pinang serta menganalisis penerimaan masyarakat di Seberang Perai terhadap Nasi Kandar sebagai identiti pulau Pinang. Kaedah kajian yang digunakan adalah kuantitatif iaitu berdasarkan soalan soal selidik dan kaedah kualitatif iaitu kajian kepustakaan dilakukan untuk mendapatkan data dan maklumat yang lebih lengkap. Analisis SWOT dan Teori Segitiga Semiotik digunakan dalam kajian ini untuk mengkaji aspek konsep, simbol dan rujukan dalam mengenalpasti potensi yang ada pada Nasi Kandar untuk diangkat sebagai makanan warisan Pulau Pinang. Hasil kajian mendapati majoriti masyarakat di Pulau Pinang mengetahui sejarah dan pekembangan Nasi Kandar dan juga kewujudan masyarakat minoriti India Muslim di Pulau Pinang. Seterusnya, kajian ini membuktikan Nasi Kandar berpotensi untuk dijadikan makanan warisan di Pulau Pinang daripada segi rasa, variasi kuah dan harga Nasi Kandar yang berpatutan. Hasil kajian juga mendapati kebanyakan masyarakat di Pulau Pinang terutamanya di Seberang Perai menerima Nasi Kandar sebagai satu identiti Pulau Pinang dan berpendapat bahawa Nasi Kandar adalah simbolik bagi Pulau Pinang dan perlu diangkat sebagai makanan warisan.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: https://ftkw.umk.edu.my/

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2019
Number of Pages: 55
Supervisor: Cik Daeng Haliza Binti Daeng Jamal
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4782
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2