Digital Special Collection Portal

Kajian Terhadap Makanan Tradisional Masyarakat Bugis (Burasak) di Klang, Selangor


Citation

Nurul Dayana, Mohd Dinar (2019) Kajian Terhadap Makanan Tradisional Masyarakat Bugis (Burasak) di Klang, Selangor. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Perpindahan masyarakat Bugis di Malaysia bermula dari abad ke-16 dan awal abad ke-17. Imigresen mereka dari Indonesia telah menyatukan adat, kebudayaan dan warisan
mereka. Burasak berasal dari Provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia dan dikembangkan oleh masyarakat Bugis di Klang. Ekonomi, perkahwinan, dan persamaan budaya antaraa
orang Melayu dan Bugis menyebabkan perubahan dalam peralatan yang digunakan untuk menyiapkan Burasak. Selain itu, penyelidikan ini mengenai masyarakat Bugis dan makanan tradisional mereka iaitu Burasak. Burasak kurang popular pada masa kini di kalangan generasi muda. Penyelidikan ini juga dijalankan di tiga daerah di Klang,
Selangor iaitu Taman Bukit Tinggi Satu, Taman Chiliung, dan Taman Bayu Perdana. Terdapat tiga objektif penyelidikan iaitu memahami sejarah dan pembangunan Burasak di Selangor, meneroka pengaruh budaya dalam proses penyediaan Burasak serta mengenalpasti cara-cara mempertahankan Burasak di kalangan komuniti Bugis di
Selangor. Pendekatan kualitatif telah digunakan untuk mencapai matlamat penyelidikan dan tujuh informan penyelidikan telah ditemubual dan penyediaan Burasak telah diperhatikan. Akhir sekali, kajian ini menunjukkan sejarah Burasak, faktor perkembangan, perubahan budaya dan penyesuaian serta kepentingan pengekalan budaya masyarakat Bugis. Oleh itu, aktiviti budaya dan ekonomi serta penglibatan masyarakat dari pelbagai latar belakang budaya adalah penting untuk memastikan kewujudan Burasak pada masa akan datang dan menjadi cara untuk mengekalkan
perpaduan masyarakat di Malaysia.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw.umk.edu.my

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2019
Number of Pages: 72
Supervisor: Pn Ainul Wahida Bt Radzuan
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Subjects:
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4753
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2