Digital Special Collection Portal

Konservasi Rotan: Kajian Tentang Kaedah Konservasi Produk Rotan Secara Moden


Citation

Nur Syazwani, Mohd Talha (2019) Konservasi Rotan: Kajian Tentang Kaedah Konservasi Produk Rotan Secara Moden. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Rotan merupakan sebatang pokok yang berada dalam kumpulan Palma yang telah lama wujud dan membiak dengan pantasnya di kawasan Asia. Rotan juga merupakan hasil hutan yang mempunyai nilai komersial yang tinggi dan berpotensi untuk dikembangkan sebagai bahan lagangan, sebagai keperluan tempatan ataupun untuk dieksport berbanding tumbuhan lain terutamanya dalam penghasilan perabot dan kraftangan. Masyarakat dahulu lebih gemar menghasilkan produk yang berasakan fauna dan flora. Oleh itu, terdapat banyak barangan warisan nenek moyang kita yang terdiri daripada produk rotan. Namun, peranan rotan dalam kegunaan seharian semakin berkurangan disebabkan arus permodenan kerana wujudnya medium penghasilan bahan yang jauh lebih moden dan murah untuk dikomersialkan. Bagi sesetengah masyarakat mereka lebih gemar kepada produk yang murah tetapi kelihatan sama seperti rotan berbanding
penggemar yang betul-betul meminati produk rotan yang sanggup berhabisan wang ringgit demi mendapatkan kualiti yang bagus. Malangnya, segelintir daripada mereka kurang pendedahan tentang penjagaan rotan yang betul. Oleh hal demikian, sebuah langkah mengatasi telah diusahakan bagi melestarikan semula tumbuhan rotan ini untuk meneruskan kelansungannya melalui kajian konservasi secara moden ini. Data yang telah diperolehi akan dinalisis dan mendapati konservasi secara moden berkesan dalam memulihara dan memelihara produk berasakan rotan ini.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw.umk.edu.my

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2019
Number of Pages: 65
Supervisor: Pn. Nur Athmar Bt Hashim
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4726
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2