Digital Special Collection Portal

Analisis Cerpen-Cerpen Terpilih Fatimah Busu : Satu Pendekatan Semiotik Iaitu Genoteks Dan Fenoteks.


Citation

Nur Syafiza Idayu Che Min (2019) Analisis Cerpen-Cerpen Terpilih Fatimah Busu : Satu Pendekatan Semiotik Iaitu Genoteks Dan Fenoteks. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). (Submitted)

Abstract

Kajian ni bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan bahasa yang digunakan dalam cerpen-cerpen terpilih Fatimah Busu. Secara khususnya, kajian ini menggunakan teori Semiotik dengan mengaplikasikan pendekatan Genoteks dan Fenoteks. Kajian ini juga memberi tumpuan kepada struktur penggunaan bahasa yang diaplikasikan dalam cerpen-cerpen terpilih Fatimah Busu. Teori Semiotik oleh Julia Kristeva digunakan untuk mengenalpasti dan menganalisis penggunaan bahasa yang diaplikasikan dalam cerpen-cerpen terpilih Fatimah Busu berdasarkan pendekatan Genoteks dan Fenoteks. Permasalahan kajian adalah tertumpu kepada bagaimana struktur bahasa dialek Kelantan diaplikasikan oleh Fatimah Busu dalam penulisan beliau. Data-data diperoleh dengan menggunakan penyelidikan kepustakaan dan Dewan Bahasa Wilayah Timur (DBP) untuk mencari bahan-bahan rujukan iaitu buku puisi dan teori. Namun begitu, data dan maklumat mengenai dialek Kelantan juga diperolehi daripada penduduk kampung yang berumur dalam lingkungan 60-70 tahun melalui sumber wawancara yang dilakukan. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan bahasa dan menganalisis struktur bahasa yang
terdapat dalam penulisan cerpen-cerpen terpilih Fatimah Busu menggunakan teori Semiotik iaitu Genoteks dan Fenoteks. Justeru, implikasi dapatan ini boleh dijadikan sebagai teladan kepada penulis diluar sana mengenai penggunaan dan struktur bahasa dalam penulisan sastera masing-masing.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2019
Number of Pages: 63
Supervisor: En. Sudirman Bin Kiffli
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4720
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2