Digital Special Collection Portal

Penerimaan Masyarakat Mengenai Bahasa Banjar : Kajian Kes di Kampung Parit Tok Ngah, Parit Buntar.


Citation

Nur Hazirah (2019) Penerimaan Masyarakat Mengenai Bahasa Banjar : Kajian Kes di Kampung Parit Tok Ngah, Parit Buntar. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). (Submitted)

Abstract

Masyarakat Banjar merupakan salah satu etnik yang menetap di Malaysia dan mewarnai keunikan warisan budaya yang ada di Malaysia. Masyarakat Banjar merupakan penduduk asal di sebuah kawasan yang dikenali di Kalimantan Selatan, Indonesia. Sebahagian besar daripada wilayah berkenaan didiami oleh orang Banjar sehingga ke hari ini. Seperti kebanyakan etnik lain yang tinggal di Malaysia, masyarakat Banjar juga berhijrah dari tanah asal mereka untuk mengembara dan mencari kesenangan hidup. Etnik ini dikatakan datang ke Tanah Melayu tanpa membawa apa-apa kebudayaan yang lain selain agama dan bahasa pertuturannya. Bahasa ini menerima pengaruh daripada bahasa etnik lainnya seperti bahasa Dayak dan bahasa Melayu. Hal ini kerana proses asimilasi di antara orang Banjar dan masyarakat setempat. Penggunaan bahasa ini mula berkembang ke tanah air apabila berlakunya penghijrahan secara besar-besaran oleh masyarakat ini suatu ketika dahulu. Dalam kajian ini, pengkaji telah menjalankan kajian mengenai sejarah dan perkembangan yang berlaku dalam bahasa banjar, mengkaji peranan dan keunikan yang ada di dalam bahasa Banjar dan mengetahui penerimaan masyarakat terhadap bahasa Banjar di Kampung Parit Tok Ngah, Parit Buntar, Perak. Kajian ini dibuat menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Melalui kajian ini, penyelidik dapat merumuskan bahawa bahasa Banjar mempunyai sejarah dan keunikannya yang tersendiri. Bahasa ini juga perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai universal dalam sesebuah kelompok masyarakat.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2019
Number of Pages: 92
Supervisor: Dr. Norazlinda Binti Mohamed Rosdi
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4694
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2