Digital Special Collection Portal

Penghayatan Alam Dalam Puisi - Puisi Muhammad Haji Salleh : Satu Pendekatan Ekologi.


Citation

Nor Hazwa Azlin Mohd Nor (2019) Penghayatan Alam Dalam Puisi - Puisi Muhammad Haji Salleh : Satu Pendekatan Ekologi. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). (Submitted)

Abstract

Hubungan erat antara alam dan manusia ini sebenarnya telah mencetuskan ilham dan idea bagi diungkapkan dalam puisi yang dihasilkan. Kajian yang dihasilkan ini
bertujuan untuk meneliti dan mengkaji penghayatan alam yang diterapkan dalam puisi puisi terpilih Muhammad Haji Salleh. Kajian yang dilakukan ini menggunakan kaedah deskriptif iaitu dengan menggunakan data kualitatif.
Penerapan teori ekologi telah digunakan dalam kajian ini. Hasil daripada penelitian terhadap teks puisi dalam "Jatuh Ke Laut Menjadi Pulau: jilid I Sajak - sajak
lengkap Muhammad Haji Salleh" telah mendapati terdapat penghayatan alam dan puisi - puisi tersebut diteliti dengan lebih mendalam melalui pengaplikasian kritikan
eko dengan menggunakan prinsip kritikan oleh William Howarth iaitu ekologi dan etika. Kajian ini didasarkan kepada tiga objektif utama, yang pertama mengenalpasti
penghayatan alam yang digunakan atau digambarkan dalam puisi puisi terpilih Muhammad Haji Salleh membuktikan terdapatnya penghayatan alam dalam puisi-puisi tersebut. Yang kedua, proses kajian terus dijalankan dengan membincangkan penghayatan alam dalam puisi-puisi Muhammad Haji Salleh berjaya menggambarkan kehidupan manusia dan hasil objektif ini diterangkan dengan lebih jelas lagi. Objektif yang ketiga ialah proses kajian akan dilakukan dengan terus mendalam melalui proses menganalisis nilai - nilai moral yang terdapat dalam puisi-puisi yang dipilih dan ternyata puisi tersebut menyampaikan nilai moralnya yang tersendiri kepada ahli masyarakat. Kajian ini menunjukkan bahawa manusia dan alam itu saling bergantungan dan penting antara satu sama lain. Diharap kajian ini mampu meyumbang dalam kajian kesusasteraan serta memberikan impak positif kepada masyarakat.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2019
Number of Pages: 99
Supervisor: Dr. Nordiana Binti Ab Jabar
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4641
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2