Digital Special Collection Portal

Analisis Cerpen Terpilih Karya Zurinah Hassan Menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu.


Citation

Naizalaila Mustapha (2019) Analisis Cerpen Terpilih Karya Zurinah Hassan Menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). (Submitted)

Abstract

Nilai kemasyarakatan merujuk kepada nilai yang baik iaitu positif dan nilai buruk ataupun negatif yang terdapat dalam kehidupan sesebuah masyarakat. Hal ini kerana
nilai positif dan nilai negatif ini sering diamalkan, dihayati, dimiliki oleh sebahagian anggota masyarakat. Kajian ini menggunakan cerpen "Dari Hari Ke Hari" dan
"Pulangnya Pemuja Ombak" karya Zurinah Hassan. Kajian in juga berdasarkan dua objektif utama iaitu mengenal pasti nilai-nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam cerpen-cerpen terpilih karya Zurinah Hassan. Kajian ini dilakukan kerana ia boleh dijadikan teladan dan pengajaran dalam kehidupan sesebuah masyarakat. Objektif kedua kajian ini ialah menganalisis cabaran-cabaran yang berlaku dalam cerpen-cerpen terpilih demi mencapai sebuah matlamat. Dalam hal ini dengan adanya kajian sebegini ia akan memberi semangat atau menaikkan semangat kesabaran dan ketabahan yang perlu dihadapi dalam mencapai sesebuah matlamat atau tujuan kerana dalam kehidupan amat memerlukan tujuan. Tanpa tujuan dalam kehidupan maka sesebuah kehidupan itu akan huru-hara dan musnah. Kajian ini menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu iaitu
menerusi pendekatan kemasyarakatan. Dalam cerpen ini terdapat banyak nilai-nilai kemasyarakatan yang dapat membentuk dan melahirkan masyarakat yang dituntut oleh
Islam itu sendiri dan dapat membentuk masyarakat yang kuat dan gigih dalam mencabar sesebuah matlamat sekaligus mendatangkan faedah kepada diri sendiri mahupun masyarakat.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2019
Number of Pages: 75
Supervisor: En. Sudirman Bin Kiffli
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4617
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2