Digital Special Collection Portal

Pengekalan Kraftangan Warisan Menerusi Anyaman Mengkuang: Kajian Kes Di kampung Bukit Tanah, Pasir Puteh


Citation

Mustapha, Nor Diana (2019) Pengekalan Kraftangan Warisan Menerusi Anyaman Mengkuang: Kajian Kes Di kampung Bukit Tanah, Pasir Puteh. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Seni anyaman merupakan hasil kraftangan masyarakat Melayu yang telah wujud sejak 300 tahun yang lalu. Pada zaman dahulu masyarakat menghasilkan anyaman untuk kegunaan mereka sendiri. Kebijaksanaan masyarakat Melayu dapat dilihat melalui jalinan daun mengkuang yang dianyam sehingga menghasilkan pelbagai rupa bentuk yang unik dan menarik. Hasil seni anyaman yang wujud melambangkan budaya masyarakat Melayu yang mahir dalam seni kerajinan tangan. Seni anyaman turut mempamerkan aspek teknologi, kemahiran, pemikiran dan nilai masyarakat yang berkembang sejak dahulu lagi. Kegiatan anyaman mengkuang biasanya dilakukan Oleh kaum wanita yang menetap di kawasan luar bandar. Proses ini memerlukan kesabaran, kemahiran dan dedikasi. Ini dapat dilihat pada sebidang tikar yang dianyam oleh kaum wanita untuk kegunaan para pesawah ketika menjalankan aktiviti pertanian. Kekukuhan dan ketelitian kaum wanita menghasilkan anyaman menggambarkan sikap mereka yang rajin dan tekun melaksanakan sesuatu pekerjaan. Oleh hal yang demikian, kegiatan seni anyaman ini perlu dipelihara dan dikekalkan sebagai identiti dan budaya warisan bangsa untuk generasi akan datang. Satu kajian mengenai pengekalan kraftangan warisan menerusi anyaman mengkuang telah dilakukan oleh pengkaji bagi mengkaji mengenai asal-usul dan perkembangan, keunikan bentuk dan teknik ragam hias, kepentingan anyaman kepada ekonomi, budaya dan penyatuan masyarakat serta perbezaan diantara anyaman mengkuang dan tali Plastik.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: https://ftkw.umk.edu.my

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2019
Number of Pages: 117
Supervisor: Norazlinda Bt Mohamed Rosdi
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4612
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2