Digital Special Collection Portal

Citra Masyarakat Melayu Islam Menerusi Kumpulan Gurindam Warisan Ibunda:Satu Pengaplikasian Teori Takmilah


Citation

Muhammad Syafiq Fakhri, Abd Samat (2019) Citra Masyarakat Melayu Islam Menerusi Kumpulan Gurindam Warisan Ibunda:Satu Pengaplikasian Teori Takmilah. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Kajian ini merupakan satu aplikasi Teori Takmilah ke atas Kumpulan Gurindam Warisan Tbunda karya Nazim Mohd Subari. Kumpulan Gurindam Warisan Ibunda merupakan karya terbaru beliau yang menjadikan Gurindam Dua Belas karya Raja Ali Haji sebagai model. Nazim mengakui bahawa gurindam yang diciptanya terhasil daripada pembacaan, renungan dan pemerhatian terhadap hal-hal di sekeliling. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat Melayu Islam melalui Kumpulan Gurindam Warisan Ibunda berdasarkan 5 prinsip yang terdapat dalam Teori Takmilah. Penghayatan dalam konteks sastera sebagai sumber penyelesaian masalah sosial yang berlaku diterapkan dalam masyarakat Melayu Islam akan dibahaskan serta menganalisis kesannya dalam pembentukan sesebuah masyarakat Melayu Islam. Pengkaji menggunakan kaedah kajian perpustakaan bagi membuat analisis kajian.
Pengkaji juga turut melayari laman sesawang untuk mendapatkan bahan yang berkaitan dengan kajian terutamanya mengenai Teori Takmilah. Berdasarkan penelitian dan analisis, didapati kesemua 5 prinsip daripada 7 prinsip Teori Takmilah ditemui dalam kumpulan gurindam yang dikaji. 5 prinsip berkenaan iaitu ketuhanan bersifat Kamal, keislaman bersifat Akmal, sastera sendiri berciri estetik dan bersifat Takmilah, pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri dan khalayak bertujuan memupuk mereka ke arah insan Kamil. Penemuan kelima-lima prinsip Teori Takmilah dalam kumpulan gurindam yang dikaji membuktikan kumpulan gurindam karya Nazim Mohd Subari ini padat dengan nilai-nilai keagamaan dan pengajaran serta dapat dikategorikan dalam hasil karya
sastera Islam yang boleh dimanfaatkan oleh seluruh khalayak sastera Melayu Islam.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw@umk.edu.my

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2019
Number of Pages: 104
Supervisor: Dr. Nordiana Bin Ab Jabar
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4607
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2