Digital Special Collection Portal

Nobat: Satu Tinjauan Umum


Citation

Hassan, Mohamad Amin (2019) Nobat: Satu Tinjauan Umum. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Nobat ialah sebuah ensembel gendang dan tiupan yang dimainkan di Istana Melayu Sumatera, Semenanjung Malaysia dan Brunei sejak kedatangan İslam di rantau ini pada abad ke-13 Masihi. Di dunia Melayu, sejak berabad-abad lamanya, Nobat menjadİ salah satu alat muzik penting di İstana sebagai simbol kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu. Berdasarkan catatan sejarah, Nobat dilihat sebagai suatu proses pertembungan budaya, penyesuaian, peniruan dan penciptaan semula yang bermula pada abad ke-13 Masihi. Penubuhan institusi İstana tidak akan terhasil atas usaha rakyat secara kolektif, tetapi sebahagian besarnya daripada keperluan dan keinginan golongan pemerintah yang dipengaruhi oleh pihak berkuasa (Shamsul, 1996). Nobat terbentuk dalam masyarakat yang diperintah oleh raja yang berkuasa mutlak atau golongan bangsawan, dan hanya mereka yang mempunyai kemampuan dan matlamat tertentu sahaja. Kajian ini membincangkan peranan muzik istana yang dikenali sebagai Nobat. Nobat merupakan salah satu warisan kesenian Melayu yang masih kekal sehingga kini. Di Tanah Melayu, Nobat adalah muzik yang berfungsi di istana sebagai seni persembahan istana diraja Melayu. Antara negeri-negeri Melayu yang masih mengekalkan muzik Nobat adalah Negeri Perak, Kedah dan Terengganu. Muzik Nobat adalah sejenis pancaragam diraja yang hanya dimainkan di istana dan pemain muziknya pula terdiri daripada orang-orang tertentu sahaja. Kajian lebih mendalam dilakukan mengenai sejarah, serta pantang larang Nobat di Negeri Kedah. Asal-usul Nobat ini selalu diperkatakan, tetapi hingga kini masih belum lagi dapat ditetapkan dari mana asal-usulnya dengan tepat. Di dalam hal ini, ramai ahli sejarah telah mengeluarkan pendapat mereka masing-masing. Asal-usul Nobat ini juga ada yang berunsur dongeng dan ada yang berunsur sejarah.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: https://ftkw.umk.edu.my/

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2019
Number of Pages: 69
Supervisor: Norazlinda Binti Mohamed Rosdi
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4503
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2