Digital Special Collection Portal

Ruang Peribadi Wanita Dalam Cerpen Terpilih Oka Rusmini: Satu Bacaan Ginokritik


Citation

Hamdani, Syaheeda (2019) Ruang Peribadi Wanita Dalam Cerpen Terpilih Oka Rusmini: Satu Bacaan Ginokritik. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Kajian ini mengupas tentang ruang peribadi wanita sebagai suatu tempat yang merujuk kepada kepunyaan wanita dari sudut pengalaman, kehidupan sosial, kesusasteraan dan pilihan yang bersifat politikal tanpa ada campurtangan lelaki. Penelitian tentang ruang ini dijelaskan dalam karya Oka Rusmini iaitu cerpen 'Ketika Perkahwinan Harus Dimulai' dan 'Sepotong Kaki'. Kedua-dua cerpen ini memaparkan watak wanita yang pelbagai. Penelitian dilakukan menggunakan teori feminisme khususnya teori ginokritik yang dipelopori oleh Elaine Showalter dari sudut konteks budaya dan psikologi.
Berdasarkan analisis yang dilakukan, pemikiran yang disampaikan oleh Oka Rusmini sebagai wanita Bali banyak dipengaruhi oleh budaya persekitaraannya apatah lagi budaya Bali mementingkan tradisi kasta. Tradisi ini akan mempengaruhi kehidupan wanita dan cara wanita tersebut membebaskan dirinya daripada sistem patriarkal. Hal ini juga termasuk daripada sudut psikologi kerana pengalaman dan latar belakang pengarang akan berhubungkait antara satu sama lain menjadikan pencitraan karya Oka Rusmini berbeza dengan penulis wanita lain.
Ruang peribadi wanita menjadi suatu subjek utama dalam tindakan terhadap emansipasi wanita dalam karya menjadikan wanita sebagai watak yang mandiri dan melawan kepada sistem patriarkal. Pencitraan Oka Rusmini dalam karyanya mendapati bahawa membawa suara wanita yang seimbang sebagai yang tertindas dan juga melawan penindasan. Rencam perwatakan yang dipaparkan menyebabkan penulisan Oka Rusmini membawa keunikkannya yang tersendiri.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: https://ftkw.umk.edu.my

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2019
Number of Pages: 71
Supervisor: Sudirman Bin Kiffli
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan (Konservasi warisan) dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4498
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2