Digital Special Collection Portal

Keberkesanan Penggunaan Teknologi Multimedia Dalam Pameran Koleksi di Muzium Negara Kuala Lumpur.


Citation

Dayang Alyani Nazirah Hassan (2019) Keberkesanan Penggunaan Teknologi Multimedia Dalam Pameran Koleksi di Muzium Negara Kuala Lumpur. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). (Submitted)

Abstract

Penggunaan teknologi ini telah banyak digunakan dalam pelbagai bidang termasuklah dalam bidang permuziuman. Di dalam zaman yang serba canggih dengan teknologi ini, sesuatu bidang itu tidak boleh mengatakan tidak kepada penggunaan teknologi multimedia ini. Hal ini kerana, kemajuan serta tarikan kepada sesuatu yang ingin
kita sampaikan itu juga turut bergantung kepada penggunaan kita kepada aplikasi teknologi ini. Penggunaan teknologi ini turut digunakan dalam bidang permuziuman dalam kaedah pameran koleksi dan artifak. Penggunaan teknologi multimedia juga semakin berjinak digunakan di dalam kaedah pameran koleksi di muzium-muzium Malaysia. Antara muzium yang menggunakan aplikasi teknologi multimedia ini adalah Muzium Negara di Kuala Lumpur. Jika dilihat, sesebuah muzium yang banyak mengaplikasikan penggunaan teknologi multimedia ini akan lebih ramai menarik minat pengunjung untuk datang melawat. Jumlah pelawat yang datang ke muzium tersebut turut menggambarkan kepada keberkesanan penggunaan teknologi multimedia ke dalam muzium tersebut. Hal ini dapat
dilihat dalam kajian pengkaji tentang keberkesanan penggunaan teknologi multimedia dalam pameran koleksi di Muzium Negara di Kuala Lumpur. Objektif yang terdapat dalam kajian ini adalah yang pertama, mengenalpasti jenis-jenis teknologi multimedia dalam pameran koleksi yang digunakan di muzium Negara Kuala Lumpur. Kedua, menerangkan kepentingan teknologi multimedia dalam penggunaan pameran koleksi di muzium dan objektif yang terakhir adalah mengkaji keberkesanan penggunaan teknologi multimedia dalam pameran koleksi di muzium Negara dengan melihat kepada beberapa aspek yang
digariskan. Perkara ini dapat dikenalpasti keberkesanan penggunaannya dengan kaedah kajian rekabentuk gabungan daripada kualitatif dan kuantitatif iaitu dengan mendapat
jawapan daripada hasil analisis responden terhadap penggunaan teknologi multimedia dalam muzium tersebut di mana melihat kepada penggunaan aplikasi teknologi multimedia di dalam Muzium Negara akan lebih menarik minat pelawat untuk datang melawat.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2019
Number of Pages: 104
Supervisor: Ts. Dr. Shahariah Norain Binti Shaharuddin
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4471
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2