Digital Special Collection Portal

Mandai : Makanan Tradisional Masyarakat Banjar di FELDA Gunung Besout 4, Sungkai, Perak


Citation

Ainul Hidayah, Ismail (2019) Mandai : Makanan Tradisional Masyarakat Banjar di FELDA Gunung Besout 4, Sungkai, Perak. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Mandai merupakan sejenis makanan tradisi masyarakat Banjar yang sering dianggap sebagai unik dan mempunyai keistimewaannya tersendiri. Isu-isu seperti kekurangan
modal insan yang mempunyai kemahiran dalam pembuatan makanan tradisional, timbulnya rasa minat yang tipis dalam diri generasi muda serta kelambakan santapan moden menjadi ancaman terhadap budaya makanan tradisi sesebuah masyarakat. Oleh itu, kajian ini telah dilakukan untuk mengetahui sejarah dan perkembangan Mandai sebagai makanan tradisional masyarakat Banjar di Malaysia, mengenalpasti penyediaan Mandai dan juga mengkaji sejauh mana penerimaan masyarakat tempatan dalam konteks sosial di FELDA Gunung Besout 4, Sungkai, Perak. Penyelidikan ini telah dilengkapkan dengan menggunakan kaedah campuran iaitu Kualitatif dan juga Kuantitatif. Hasil kajan menunjukkan bahawa masyarakat Banjar telah berakar umbi dari keturunan Melayu di Kalimantan, Indonesia dan hidangan luar biasa ini dipercayai menyimpan sejarah tersendiri selaras dengan konsep Fungsionalisme. Kewujudan Mandai memainkan peranan penting dalam mengikat talian hubungan yang kukuh sesama mereka yang terdiri daripada suku etnik Melayu, Banjar dan Jawa yang telah
hidup secara bersama dan melalui fasa asimilasi budaya yang halus. Makanan tradisi sesebuah masyarakat Warisan Tidak Ketara seperti perlulah dipelihara untuk golongan
pelapis warisan dalam merentas zaman teknologi yang serba canggih ini.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw.umk.edu.my

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2019
Number of Pages: 114
Supervisor: Pn. Suraya Bt Sukri
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Subjects:
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4436
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2