Digital Special Collection Portal

Penglibatan Komuniti Setempat dalam Pelancongan Warisan Di Kota Kuala Kedah


Citation

Ab Aziz, Nur Shafikah (2019) Penglibatan Komuniti Setempat dalam Pelancongan Warisan Di Kota Kuala Kedah. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Komuniti merupakan kelompok yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah destinasi terutamanya dalam pelancongan warisan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk meneroka sejarah perkembangan Kota Kuala Kedah, mengkaji daya tarikan yang terdapat di Kota Kuala Kedah dan menganalisis penglibatan komuniti setempat dalam pelancongan warisan di Kota Kuala Kedah. Bagi mengkaji daya tarikan yang terdapat di Kota Kuala Kedah, Teori Semiotik yang dipelopori oleh Charles Sanders Peirce (1914) telah digunakan di dalam penyelidikan ini. Data yang diperoleh di dalam kajian ini berdasarkan data primer dan data sekunder. Data primer diperoleh daripada kaedah kualitatif iaitu pemerhatian dan temu bual. Data sekunder pula diperoleh daripada rujukan kepustakaan. Hasil kajian mendapati Kota Kuala Kedah merupakan kota bersejarah yang pernah dijajah oleh beberapa penjajah dan pernah berfungsi sebagai kota pertahanan, pusat pemerintahan atau pentadbiran dan pusat perdagangan. Daya tarikan yang terdapat di dalam dan luar Kota Kuala Kedah membuktikan bahawa kota tersebut merupakan pusat pelancongan warisan. Penganjuran program dan aktiviti daripada pihak muzium merupakan inisiatif yang baik untuk mempromosikan Kota Kuala Kedah. Penglibatan komuniti setempat dalam inap desa, pengusaha makanan dan perkampungan nelayan juga telah menyokong Kota Kuala Kedah sebagai destinasi pelancongan warisan. Cadangan pemuliharaan yang telah dikenalpasti melibatkan kajian akan datang, pihak bertanggungjawab, peranan ibu bapa, peranan individu, dan lokasi perfileman bagi melestarikan pelancongan warisan di Kota Kuala Kedah.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: https://ftkw.umk.edu.my/

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2019
Number of Pages: 125
Supervisor: Daeng Haliza Binti Daeng Jamal
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4410
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2