Digital Special Collection Portal

Persepsi Masyarakat Terhadap Keşan Pemuliharaan Seni Bina Masjid Sultan Abu Bakar, di Johor


Citation

Yunos, Yusahani (2020) Persepsi Masyarakat Terhadap Keşan Pemuliharaan Seni Bina Masjid Sultan Abu Bakar, di Johor. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Masjid Sultan Abu Bakar merupakan salah satu seni bina yang harus dipulihara agar identiti tempatan dapat dikekalkan kerana keunikan seni bina masjid ini menggambarkan ketinggian ilmu kemahiran tukang masa lalu. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti rekabentuk pada seni bina Masjid Sultan Abu Bakar, menghurai usaha pemeliharaan dan pemuliharaan Masjid Sultan Abu Bakar dan menganalisis persepsi masyarakat terhadap kesan pemeliharaan seni bina Masjid Sultan Abu Bakar. Bagi mengkaji persepsi masyarakat terhadap kesan pemuliharaan seni bina Masjid Sultan Abu Bakar, Teori Persepsi melalui pendekatan daripada Rhenald Kasali (2006) telah digunakan dalam penyelidikan ini. Data kajian diperoleh daripada kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual dan kajian kepustakaan manakala kaedah kuantitatif pula menggunakan borang soal selidik kepada responden. Bagi kaedah analisis data pula analisis tematik daripada transkrip temu bual. Data-data yang dikumpul berdasarkan soalan soal selidik pula dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa rekabentuk seni bina Masjid Sultan Abu Bakar mempunyai campuran pengaruh luaran di zaman kolonial dan tempatan yang menunjukkan identiti negeri Johor itü sendiri. Keunikan seni bina bangunan Masjid Sultan Abu Bakar ini dipulihara menggunakan konsep restorasi iaitu pengembalian semula dan pemuliharaan beberapa struktur bangunan yang rosak teruk. Selain itu, majoriti responden bersetuju dan memberi respon yang positif terhadap kesan pemuliharaan seni bina Masjid Sultan Abu Bakar. Kajian ini juga mencadangkan penglibatan kepada kajian akan datang, pihak bertanggungjawab dan peranan individü dalam memastikan Masjid Sultan Abu Bakar ini dipulihara dan dijaga dengan baik agar dapat diwarisi sehingga generasi akan datang.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: https://ftkw.umk.edu.my

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2020
Number of Pages: 139
Supervisor: Dr. Daeng Haliza Daeng Jamal
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan (Konservasi warisan) dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4395
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2