Digital Special Collection Portal

Penerimaan Trend Fesyen Semasa Di Kalangan Generasi Muda:Sederhana Dan Moden.


Citation

Supiah Supa’at (2020) Penerimaan Trend Fesyen Semasa Di Kalangan Generasi Muda:Sederhana Dan Moden. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). (Submitted)

Abstract

Kajian ini meneroka bagaimana generasi muda menerima kehadiran trend fesyen semasa yang sederhana dan moden. Trend fesyen semasa ini dapat dilihat sebagai satu
perubahan kitaran fesyen. Trend ini juga dapat dedifinisikan sebagai fesyen yang kita lihat mengenai gaya pakaian apa yang akan berlaku kemudian. Terkait kepada generasi Y, jiwa golongan ini yang muda membawa kepada keinginan yang tinggi untuk mereka memakai pakaian fesyen yang pelik dan suka mencuba perkara yang baru. Didorong pula dengan zaman di mana mereka ini lahir yang sudah wujudnya kemudahan capaian
“tech-savvy”, yang semuanya hanya di hujung jari mereka. Fesyen sederhana dan moden tidak semestinya terikat hanya pakaian atau baju semata-mata. Menjelaskan kepada konsep itu, ia boleh dikaitkan atau digabungkan dengan aksesori jenama antarabangsa. Oleh itu, generai muda sekarang terutamanya generasi Y lebih suka dan tertarik untuk membeli-belah item fesyen, malah suka mengikuti perkembangan trend. Metodologi kajian yang diaplikasikan di dalam penyelidikan ini adalah menggunakan pendekatan kuantitatif. Pendekatan ini menggunakan satu proses pengumpulan data
iaitu soal selidik secara tertutup yang diagihkan kepada para responden. Analisis kajian memberikan kebolehterimaan pengguna genarai muda (generasi Y) terhadap fesyen pakaian sederhana dan moden. Diharapkan dengan adanya kajian ini, ia sedikit sebanyak dapat dijadikan sebagai rujukan terhadap penerimaan trend fesyen semasa dalam kalangan generasi muda di Malaysia buat penyelidikan generasi yang akan datang.

Download File / URL

[thumbnail of SUPIAH SUPA'AT.pdf] Text
SUPIAH SUPA'AT.pdf

Download (13MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2020
Number of Pages: 130
Supervisor: Dr. Mohd Zaimmudin Bin Mohd Zain
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4369
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2