Digital Special Collection Portal

Nilai Kemelayuan dalam Himpunan Drama Melayu Popular Terpilih di Malaysia: Satu Pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu


Citation

Norzatul Iqma, Mohd Noor (2020) Nilai Kemelayuan dalam Himpunan Drama Melayu Popular Terpilih di Malaysia: Satu Pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Drama membawa maksud gerak atau sesuatu yang dilakukan. Gerak yang merujuk kepada aksi yang mengandungi unsur-unsur kesenian yang dapat memberi keseronokan dan keindahan. Namun, dalam penghasilan sesebuah drama terdapat elemen atau nilai yang menjadi tunjang kepada penciptaannya. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti nilai-nilai kemelayuan yang terdapat dalam drama-drama Melayu popular terpilih. Seterusnya
menganalisis nilai-nilai kemelayuan yang dipaparkan dalam drama-drama melayu popular terpilih. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk merumus dan membincangkan kesan nilai-nilai kemelayuan yang terdapat dalam drama-drama melayu popular terpilih dan akhir sekali adalah untuk mengkaji jalinan antara nilai-nilai kemelayuan dalam drama-drama melayu popular terpilih dengan Teori Pengkaedahan Melayu. Kajian ini dijalankan berlandaskan Teori Pengkacdahan Melayu yang diperkenalkan oleh Hashim Awang pada tahun 1989. Teori ini terbahagi kepada dua iaitu Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan. Melalui Pengkaedahan Alamiah ini, ia dipecahkan lagi kepada tiga pendekatan iaitu pendekatan gunaan, moral dan firasat. Pengkaedahan Keagamaan ini juga terbahagi kepada tiga iaitu pendekatan dakwah, kemasyarakatan dan seni yang saling berkait antara satu sama lain. Dua drama melayu popular telah dipilih secara rawak oleh pengkaji bagi melengkapkan kajian ini iaitu drama Setia Hujung Nyawa dan Teduhan Kasih. Rekabentuk kualitatif dengan
menggunakan kaedah kepustakaan, rujukan teks atau dokumen, sumber internet dan Teori Pengkaedahan Melayu telah digunakan sebagai metodologi kajian. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa nilai kemelayuan yang dipaparkan melalui kedua-dua buah drama melayu popular iaitu nilai tabah menanggung penderitaan, nilai kepimpinan, menjaga maruah, berbaik sangka, ketaqwaan kepada Allah, nilai memelihara adat dan budaya, nilai merendah diri, nilai kasih sayang, nilai belas kasihan dan penggunaan bahasa melayu.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw.umk.edu.my

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2020
Number of Pages: 95
Supervisor: Dr. Mohd Firdaus Bin Che Yaacob
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4295
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2