Digital Special Collection Portal

Potensi Bangunan Bersejarah Di Ipoh Perak Sebagai Tarikan Pelancongan Warisan


Citation

Norhanim Syuhana, Azmi (2020) Potensi Bangunan Bersejarah Di Ipoh Perak Sebagai Tarikan Pelancongan Warisan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Bangunan bersejarah merupakan salah satu tinggalan sejarah yang berpotensi dijadikan sebagai pelancongan warisan. Terdapat banyak bandar bersejarah di serata
dunia yang masih mengekalkan bangunan bersejarah sebagai tarikan utama bagi sektor pelancongan warisan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti pengaruh seni bina bangunan bersejarah yang terdapat di Ipoh, Perak, menganalisis persepsi penduduk Ipoh terhadap pengaruh seni bina bangunan bersejarah di lpoh Perak sebagai daya tarikan pelancongan warisan dan menghuraikan peranan pihak bertanggungjawab dalam menjadikan bangunan bersejarah di Ipoh, Perak sebagai produk pelancongan warisan. Bagi mengkaji potensi tersebut, Teori Semiotik yang dipelopori oleh Charles Sandres Peirce (1914) telah digunakan dalam penyelidikan ini. Kaedah kajian yang digunakan bagi mengumpul data adalah kaedah kualitatif
menerusi pemerhatian, kajian kepustakaan, kajian lepas, akhbar, dan data daripada laman sesawang kerajaan. Kaedah kuantitatif menerusi soal selidik pula dilakukan bagi mendapat maklum balas penduduk setempat terhadap pengaruh seni bina bangunan bersejarah di lpoh, Perak sebagai daya tarikan pelancong warisan. Hasil kajian mendapati bangunan bersejarah di lpoh, Perak masih meninggalkan pengaruh seni bina yang menarik bagi tarikan pelancong, pihak bertanggungjawab juga memainkan peranan untuk meningkatkan bangunan bersejarah sebagai pelancongan
warisan di lpoh, Perak. Cadangan kepada hasil kajian ini telah dikenalpasti melibatkan pihak bertanggungjawab, individu, kajan akan datang dan lokasi perfileman. Oleh itu, bangunan bersejarah merupakan produk pelancongan dan aset yang perlu dikekalkan daripada dimusnahkan seiring dengan kerancakan pembangunan pada masa kini.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw.umk.edu.my

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2020
Number of Pages: 158
Supervisor: Cik Daeng Haliza Bt Daeng Jamal
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4293
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2