Digital Special Collection Portal

Nilai-Nilai Kepahlawanan Menerusi Sajak-Sajak Terpilih Dalam Antologi Suara Wirawan Negara Bangsa karya Ramli Abdul Halim: Satu Pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu


Citation

Ab. Rahim, Nurul Safiah (2020) Nilai-Nilai Kepahlawanan Menerusi Sajak-Sajak Terpilih Dalam Antologi Suara Wirawan Negara Bangsa karya Ramli Abdul Halim: Satu Pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Sajak merupakan puisi moden yang berbentuk karangan yang berangkap, berbentuk bebas dan tidak terikat. Dalam sesebuah sajak, pengarang berusaha untuk memberikan pembaca kepada gambaran realiti kepahlawanan yang terkandung dalam dalam sajak tersebut. Kajian ini dijalankan kerana pengkaji mendapati bahawa sajak Suara Wirawan Negara Bangsa sememangnya kaya dengan nilai kepahlawanan yang oleh memberi pengajaran kepada khalayak pembaca. Seterusnya, objektif kajian ini ialah mengenal pasti, menganalisis, merumuskan dan membincangkan tentang nilai-nilai kepahlawananan menerusi sajak-sajak terpilih dalam antologi Suara Wirawan Negara Bangsa karya Ramli Abdul Halim. Di samping itu, pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu dengan nilainilai kepahlawanan menerusi sajak-sajak terpilih dalam antologi Suara Wirawan negara Bangsa karya Ramli Abdul Halim. Selain itu, kajian ini membataskan sebuah antologi sahaja iaitu antologi Suara Wirawan Negara Bangsa karya Ramli Abdul Halim. Tambahan pula, kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif sebagai kerangka panduan untuk menyempurnakan kajian penyelidikan ini. Dalam kajian ini, penerapan Teori Pengkaedahan Melayu yang diperkenalkan oleh Hashim Awang pada tahun 1989 dipilih sebagai asas kepada kajian ini untuk mengukuhkan lagi analisis kajian. Penelitian dalam beberapa aspek merangkumi Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan yang mana kedua-dua pengkaedahan tersebut mempunyai tiga pecahan prinsip. Dapatan kepada kajian ini mendapati bahawa pengarang sememangnya menyediakan nilai-nilai kepahlawanan yang boleh dijadikan pengajaran oleh pembaca. Akhir sekali, ianya sebagai wadah kepada masyarakat untuk membentuk norma masyarakat yang baik.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: https://ftkw.umk.edu.my/

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2020
Number of Pages: 78
Supervisor: Dr. Mohd Firdaus Bin Che Yaacob
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4072
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2