Digital Special Collection Portal

Kajian Mengenai Implikasi Penyelenggaraan Kepada Pemeliharaan Gua Gunung Senyum Temerloh Pahang


Citation

Zakaria, Zailatul Rozaimirul (2021) Kajian Mengenai Implikasi Penyelenggaraan Kepada Pemeliharaan Gua Gunung Senyum Temerloh Pahang. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Penyelidikan ini mengenai Implikasi Penyelenggaraan Kepada Pemuliharaan Gua Gunung Senyum di Temerloh Pahang. Gunung Senyum ini merupakan salah satu warisan alam semula jadi dan merupakan Hutan Lipur dan juga taman rekreasi bagi masyarakat. Terdapat beberapa objektif kajian yang digunakan di dalam penyelidikan ini seperti mengenalpasti kelebihan dan keunikan Gua Gunung Senyum dengan terperinci, mengenalpasti keadaan infrastruktur di kawasan Gua Gunung Senyum kekal terjaga dan mengenalpasti implikasi penyelenggaraan yang sistematik terhadap pemeliharaan Gua Gunung Senyum. Semasa menjalankan penyelidikan ini terdapat reka bentuk kajian yang telah digunakan seabagai panduan iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif. Pengumpulan data bagi penyelidikan ini adalah data primer dan data skunder dimana data primer melalui temu bual, pemerhatian dan soal selidik seramai 100 orang responden manakala data skunder melalui sumber internet, perpustakaan, artikel atau rencana dan teori sosiologi. Analisi data dilakukan secara menyeluruh sesuai dengan pengumpulan data yang diperolehi daripada kaedah kualitatif dan kuantitatif. Akhir sekali, penyelidikan ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada individu, masyarakat, pendidikan dan juga negara.

Download File / URL

[thumbnail of C18A0463 ZAILATUL ROZAIMIRUL BIN ZAKARIA.pdf] Text
C18A0463 ZAILATUL ROZAIMIRUL BIN ZAKARIA.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 77
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4061
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2