Digital Special Collection Portal

Nilai Kemelayuan Dalam Pakaian Pengantin Masyarakat Melayu Di Kelantan.


Citation

Wan Nur Arina Wan Yusoff (2021) Nilai Kemelayuan Dalam Pakaian Pengantin Masyarakat Melayu Di Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). (Submitted)

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian kes yang bertujuan untuk mengkaji nilai kemelayuan pakaian pengantin yang berasaskan kain songket untuk diterapkan ke dalam pakaian pengantin moden yang banyak dipengaruhi dengan elemen budaya Barat. Kajian ini dijalankan di dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia terutamanya bandar di Kota Bharu, Kelantan. Kajian ini juga mampu untuk menggalakkan dan meningkatkan kembali kegunaan kain songket dalam industri pakaian pengantin. Objektif kajian ini adalah Mengenalpasti nilai-nilai kemelayuan dalam pakaian pengantin masyarakat Melayu. Objektif kajian kedua ialah mengenalpasti reka bentuk pakaian pengantin Barat dan objektif terakhir ialah menghasilkan cadangan gabungan antara reka bentuk pakaian pengantin Barat dengan nilai kemelayuan masyarakat Melayu. Kajian ini telah menggunakan metodologi kajian kaedah kuantitatif. Kaedah kuantitatif soal selidik akan digunakan bagi memperolehi maklumat daripada responden. Seramai 30 orang responden yang berumur dalam lingkungan 20 tahun hingga 35 tahun dikehendaki untuk menjawab soalan soal selidik yang diedarkan. Dalam kajian ini juga, pengkaji turut menggunakan kaedah instrument iaitu kaedah soal selidik tertutup. Kaedah ini adalah kaedah di mana pengkaji akan menyediakan soalan soal selidik yang mempunyai 5 skala pilihan jawapan. Hasil daripada kajian penyelidikan ini, ia mampu untuk meningkatkan lagi penggunaan pakaian songket yang bercirikan elemen kemelayuan msyarakat Melayu zaman dahulu. Generasi muda zaman kini juga akan lebih terdedah dengan nilai kemelayuan yang telah ditinggalkan oleh nenek moyang mereka dan ia dapat diterapkan kembali dalam kehidupan seharian terutamanya dalam pakaian pengantin.

Download File / URL

[thumbnail of WAN NUR ARINA WAN YUSOFF.pdf] Text
WAN NUR ARINA WAN YUSOFF.pdf

Download (9MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 171
Supervisor: Dr. Mohd Zaimmudin Bin Mohd Zain.
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4056
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2