Digital Special Collection Portal

potensi Bagi Pelestarian Bukit Melawati Sebagai Tapak Arkeopelancongan Di Malaysia


Citation

Samsuddin, Nurulaina Izzati (2021) potensi Bagi Pelestarian Bukit Melawati Sebagai Tapak Arkeopelancongan Di Malaysia. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Projek Penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Potensi Bagi Pelestarian Bukit
Malawati Sebagai Tapak Arkeopelancongan Di Malaysia”. Menurut sejarah, negeri Selangor
termasuk di antara negeri-negeri bersekutu selain daripada Perak, Pahang dan Negeri Sembilan
yang mana pernah dijajah oleh kuasa besar barat suatu ketika dahulu. Justeru itu, kesan
peninggalan sejarah daripada pihak kolonial tidak akan pernah hilang daripada negara ini dan
masih kelihatan sampai sekarang di serata negeri khususnya di Kuala Selangor. Jika kita lihat
masyarakat hari ini, kebanyakkannya sudah kurang pengetahuan dan maklumat berkaitan
dengan pelancongan warisan kerana menganggapya sebagai perkara yang tidak penting. Selain
itu, masyarakat masih kurang sedar akan potensi kawasan bersejarah sekaligus mengurangkan
usaha pelbagai pihak untuk menwar-warkan kawasan setempat itu sebagai satu tarikan
pelancongan warisan. Objektif pengkaji adalah untuk mengenalpasti keistimewaan yang
terdapat di Bukit Malawati di samping mengkaji potensi kawasan itu dalam sektor arkeo
pelancongan negara. Tambahan lagi, pengkaji juga ingin mengenalpasti usaha yang boleh
dilakukan dalam melestarikan Bukit Malawati tersebut. Kaedah pemerhatian, analisis dokumen
dan penggunaan borang soal selidik bagi memperoleh data yang akan digunakan sehingga ke
akhir kajian. Diharapkan kajian ini, akan memberi pengetahuan kepada masyarakat Malaysia
terutama generasi baru agar tidak lupa akan sejarah tanah air yang tercinta ini serta mengambil
sejarah yang berlaku sebagai pedoman atau petunjuk dalam membangunkan sesebuah negara.
Di samping itu, melancong sambil mengunjungi bandar warisan akan membuka mata
masyarakat dari serata dunia sekaligus memberi kesedaran akan kepentingan menghargai nilai
warisan di sesuatu kawasan itu.
Kata Kunci: potensi, pelestarian, Bukit Malawati, tapak arkeopelancongan

Download File / URL

[thumbnail of C18B0508_NURULAINA IZZATI SAMSUDDIN - PP AKHIR.pdf] Text
C18B0508_NURULAINA IZZATI SAMSUDDIN - PP AKHIR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 83
Supervisor: Puan Farrah Atikah Binti Saari
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4034
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2