Digital Special Collection Portal

Kajian Terhadap Kempen Kesedaran Pencegahan Covid- 19 oleh Syarikat Friend Creative Design Di Geogetown, Pulau Pinang


Citation

Nur Shahirah Halim (2021) Kajian Terhadap Kempen Kesedaran Pencegahan Covid- 19 oleh Syarikat Friend Creative Design Di Geogetown, Pulau Pinang. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Media dan komunikasi boleh digunakan sebagai satu medium yang berkesan dalam penyebaran maklumat tentang isu kesihatan awam. Kajian tentang konteks dan penggunaan media dan komunikasi sebagai satu intervensi pencegahan mengenai kempen kesedaran kesihatan awam dirujuk masih terhad. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau penggunaan media dan komunikasi dalam kempen kesedaran kesihatan awam di Malaysia. Pangkalan data seperti ScienceDirect, Scopus dan Google Scholar diakses bagi pencarian sampel iaitu manuskrip jurnal yang berkaitan dengan kajian ini. Kata kunci seperti “media and communication” dan “public health” telah digunakan untuk mencari manuskrip dan jurnal. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa media dan komunikasi dapat digunakan sebagai satu intervensi berkesan dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat tentang isu-isu semasa serta memupuk dan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pelbagai kesan masalah kesihatan awam; dan juga mendidik sekaligus mengubah minda, persepsi, sikap serta tingkah laku masyarakat terhadap isu-isu kesihatan awam. Media dan komunikasi boleh digunakan sebagai satu intervensi untuk membentuk kesedaran tentang isu kesihatan awam. Dalam usaha mengurangkan masalah wabak seperti bahaya virus Covid 19 dan kesan-kesan sampingannya, penggunaan saluran media dan komunikasi yang sesuai dilihat dapat membantu meningkatkan kesedaran masyarakat.
Kata kunci: Media, komunikasi, kempen, kesihatan awam, Covid 19

Download File / URL

[thumbnail of NUR SHAHIRAH HALIM C17A0240 PENULISAN PROJEK PENYELIDIKAN 2 2021.pdf] Text
NUR SHAHIRAH HALIM C17A0240 PENULISAN PROJEK PENYELIDIKAN 2 2021.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 68
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4011
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2