Digital Special Collection Portal

Sindiran Halus Dan Lembut Dalam Peribahasa: Pengaplikasian Teori Relevans.


Citation

Nur Nabilah Mohd Razi (2021) Sindiran Halus Dan Lembut Dalam Peribahasa: Pengaplikasian Teori Relevans. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Sindiran merupakan aliran pemikiran Melayu yang disampaikan secara tersurat dan tersirat melalui puisi tradisional dibawah konteks peribahasa. Peribahasa Melayu jelas menjadi cerminan nyata nilai sosial, moral serta fungsi adat sesebuah masyarakat. Sekaligus menonjolkan falsafah yang dipegang oleh orang Melayu yang disulam di dalam peribahasa yang berkaitan dengan metafizik, epistimologi, etika, logik dan estetika hasil interaksi mereka terhadap persekitaran. Sehubungan itu, tulisan ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis gaya bahasa sindiran serta menganalisis pemikiran
sindiran halus dalam peribahasa menggunakan teori Relevans gagasan ideologi Dan Sperber dan Deidre Wilson (1986). Data peribahasa dikumpul daripada teks peribahasa Melayu iaitu 100 Pepatah Petitih Melayu. Hasil kajian mendapati sindiran halus di dalam peribahasa dipamerkan melalui lima kategori situasi iaitu di dalam konteks kehidupan orang Islam, tuntutan kepada pelajar, institusi kekeluargaan, hubungan persahabatan dan sesebuah organisasi. Kajian juga membuktikan ternyata sindiran merupakan hasil daripada pemikiran dan bahasa yang disulami di dalam peribahasa. Kesimpulannya, penelitian disebalik sindiran di dalam peribahasa adalah bertujuan untuk menjadi medium teguran kepada khalayak, di samping dapat menyerlahkan ketinggian pemikiran dan kekreatifan bangsa Melayu.

Download File / URL

[thumbnail of NUR NABILAH MOHD RAZI.pdf] Text
NUR NABILAH MOHD RAZI.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 99
Supervisor: Dr. Nordiana Binti Ab Jabar
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4007
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2