Digital Special Collection Portal

Tinjauan Rekabentuk Elemen Animasi Memuatkan (Loading Animation) Untuk Laman Web Perpateh Tv


Citation

Nur Fatihah Abd Halim (2021) Tinjauan Rekabentuk Elemen Animasi Memuatkan (Loading Animation) Untuk Laman Web Perpateh Tv. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). (Submitted)

Abstract

Seiring dengan pembangunan teknologi di mana-mana negara sekalipun, akan wujudnya perkara-perkara baharu yang berkaitan dengan teknologi. Antara teknologi yang kita kerap mendengar ialah seperti User Interface dimana ianya merangkumi Loading Animation. Loading Animation adalah sejenis animasi bergerak yang mana sering dibuat di dalam laman sewaktu proses memuatkan tersebut. Loading Animation yang paling dikenali ialah di Aplikasi Google iaitu yang berbentuk sebuah permainan dinosaur. Pelbagai jenis Loading Animation ini dihasilkan mengikut idea tersendiri yang hasilnya amat bagus. Kajian ini dilakukan adalah untuk meningkatkan lagi tahap kepuasan pengguna terhadap pengurusan laman web Perpateh TV. Hal ini kerana,mengikut analisis dalam permasalahan kajian pengkaji, tidak semua pengguna akan sabar menunggu proses memuatkan tersebut serta sekaligus tidak menarik minat pengguna. Jadi dengan wujudnya penghasilan Loading Animation ini, ianya akan menarik perhatian pengguna untuk menggunakan laman web Perpateh TV. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah pengkaji akan menggunakan kaedah Kualitatif dimana kaedah ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan data melalui pemerhatian dan juga pengkaji membuat pembacaan terhadap beberapa buah jurnal yang mempunyai kaitan dengan tajuk kajian ini. Oleh itu, secara rumusannya, kajian ini amat penting dilakukan kerana teknologi di negara kita semakin meningkat serta penggunaan visual yang mempunyai elemen animasi seperti ini akan mampu menarik minat masyarakat terhadap animasi itu sendiri.

Download File / URL

[thumbnail of NUR FATIHAH BINTI ABD HALIM.pdf] Text
NUR FATIHAH BINTI ABD HALIM.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 53
Supervisor: Ts. Dr. Anuar Bin Mohd Yusof
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3998
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2