Digital Special Collection Portal

Kajian Rekabentuk Rak Kasut Multifungsi Di Surau UMK Menggunakan Sisa Kayu Di Industri


Citation

Nur Fadhila Ibrahim (2021) Kajian Rekabentuk Rak Kasut Multifungsi Di Surau UMK Menggunakan Sisa Kayu Di Industri. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Rak kasut merupakan sebuah perabot yang perlu ada di setiap rumah ibadat. Tujuan perlunya perabot ini disediakan untuk memudahkan pengguna menyimpan kasut dan untuk mengelakkan berlakunya masalah kehilangan kasut, kasut berselerak dan kasut menjadi kotor. Selain itu, tempat duduk turut perlu disediakan di rumah ibadat untuk keselesaan pengguna. Rekabentuk rak kasut
sedia di surau Universiti Malaysia Kelantan (UMK) tidak memenuhi keselesaan pengguna. Ia berkaitan dari aspek ruangan tempat meletakkan kasut dan ketiadaan ruangan tempat duduk untuk pengguna gunakan apabila ingin memakai kasut. Objektif kajian ini ialah mengkaji rekabentuk
rak kasut di surau sekitar Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Kemudian pengkaji juga mengenalpasti masalah dari aspek penyimpanan dan pemakaian kasut yang dihadapi oleh
pengguna di surau UMK. Seterusnya pengkaji dapat merekabentuk rak kasut multifungsi, di mana rak kasut tersebut boleh menyimpan kasut dan boleh duduk dalam masa yang sama untuk diletakkan di surau UMK. Data primer dan data sekunder telah digunakan dalam metodologi kajian ini untuk mengumpul data-data penting. Berdasarkan peratusan, sebanyak 96% responden mengalami masalah dari aspek penyimpanan dan pemakaian kasut dan sebanyak 90% responden mengalami masalah ketidakselesaan ketika memakai kasut kerana tiada penyediaan ruangan duduk. Kesimpulannya, rekabentuk rak kasut baharu ini akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna di surau UMK.

Download File / URL

[thumbnail of Nur Fadhila Binti Ibrahim.pdf] Text
Nur Fadhila Binti Ibrahim.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 84
Supervisor: Dr Darliana Bt Mohamed
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian (Rekabentuk Perindustrian)
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3996
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2