Digital Special Collection Portal

Kesan Celupan Warna Alam Pada Fabrik Sutera Dan Kapas (Batik).


Citation

Norfarahnasirah Zainal Abidin (2021) Kesan Celupan Warna Alam Pada Fabrik Sutera Dan Kapas (Batik). Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). (Submitted)

Abstract

Warna alam merupakan larutan warna semulajadi daripada bahan-bahan semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mineral. Tajuk kajian ialah Kesan Celupan Warna Alam Pada Fabrik Sutera dan Kapas (Batik). Telah dilakukan penelitian ekstraksi pada kunyit, daun mangga dan senduduk pada fabrik sutera dan kapas. Penggunaan bahan fiksasi tawas, kapur dan ion sulfat memainkan peranan penting dalam perubahan warna pada fabrik sutera dan kapas. Kajian mencapai objektif dengan menghasilkan larutan warna alam, mengkaji kesan celupan warna alam pada fabrik sutera dan kapas serta menghasilkan produk daripada warna alam. Penghasilan lima busana moden daripada batik warna alam melalui kaedah celupan dan tie and dye. Penelitian mengekalkan sifat asal batik dengan menggunakan teknik canting atau batik lukis. Penelitian dilakukan secara pemerhatian dan eksperimentasi untuk melihat hasil daripada warna alam. Penelitian mengesan bahawa fabrik sutera banyak kelebihan berbanding fabrik kapas dalam penghasilan batik warna alam. Fabrik sutera sememangnya fabrik berkualiti dan mudah dikerjakan dalam penghasilan warna alam.Fabrik Dalam kajian ini, dapat mengenalpasti kepentingan warna alam yang mampu menjadi rujukan untuk generasi akan datang. Selain itu, pelbagai produk boleh dipelbagaikan daripada fabrik sutera dan kapas hasil celupan warna alam. Secara keseluruhannya, kajian ini melalui pelbagai proses yang panjang untuk mengesan perubahan pada fabrik sutera dan kapas yang menggunakan warna alam.

Download File / URL

[thumbnail of NORFARAHNASIRAH ZAINAL ABIDIN.pdf] Text
NORFARAHNASIRAH ZAINAL ABIDIN.pdf

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 144
Supervisor: Cik Nawwal Binti Abdul Kadir
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3985
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2