Digital Special Collection Portal

Kempen Kesedaran Kepada Kanak-Kanak Melalui Buku Ilustrasi: Adab Menghormati Orang Yang Lebih Tua


Citation

Nor Sahwalti Khalid (2021) Kempen Kesedaran Kepada Kanak-Kanak Melalui Buku Ilustrasi: Adab Menghormati Orang Yang Lebih Tua. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Kajian ini membincangkan kempen kesedaran kepada kanak-kanak melalui buku ilustrasi tentang adab menghormati orang yang lebih tua. Kempen kesedaran merupakan kaedah penerangan untuk menyampaikan mesej yang penting kepada masyarakat. Salah satu cara bagi menyampaikan mesej kepada kanak-kanak adalah melalui buku ilustrasi. Buku ilustrasi merupakan sebuah buku yang menampilkan hasil visual dari suatu tulisan dengan teknik tulisan, fotografi atau teknik seni rupa. Adab merujuk kepada norma-norma pergaulan yang berakhlak dalam hidup bermasyarakat berlandaskan kedudukan seseorang. Masalah yang dihadapi sifat kanak-kanak yang tidak menghormati orang yang lebih tua. Oleh itu, penyelidikan ini dilakukan untuk memenuhi objektif kajian iaitu mengetahui tahap pengetahuan dan pemahaman kanak-kanak mengenai adab menghormati orang yang lebih tua. Hasil daripada penyelidikan objektif kajian dan analisa data akan membangunkan produk akhir iaitu buku ilustrasi adab menghormati orang yang lebih tua kepada kanak-kanak dengan tujuan untuk menyampaikan kempen kesedaran.

Kata Kunci: kempen kesedaran, kanak-kanak, buku ilustrasi, adab

Download File / URL

[thumbnail of NOR SAHWALTI BINTI KHALID C17A0176.pdf] Text
NOR SAHWALTI BINTI KHALID C17A0176.pdf

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 87
Supervisor: Cik Izati Nabila binti Marzuki
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3982
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2