Digital Special Collection Portal

Keberkesanan Laman Sesawang Sebagai Medium Promosi Kepada Muzium Orang Asli di Gombak.


Citation

Nabihah Najlaa Zamri (2021) Keberkesanan Laman Sesawang Sebagai Medium Promosi Kepada Muzium Orang Asli di Gombak. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Muzium Orang Asli Gombak ditubuhkan bagi mengabadikan sejarah silam dan warisan budaya masyarakat orang asli di semenanjung Malaysia. Ia ditubuhkan sejak 29 September 1987 di yang terletak di Jalan Gombak, Kampung Batu 12, Kuala Lumpur. Pada tahun 1995, pembinaan baharu bangunan muzium telah dijalankan bagi menggantikan binaan asal. Hal ini berlaku setelah terdapat cadangan yang diusulkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Sumber internet berkenaan Muzium Orang Asli Gombak ada maklumatnya sedikit sebanyak di bawah laman sesawang JAKOA, namun penyampaiannya adalah sangat terhad dan tidak mempunyai sebarang kemaskini keadaan semasa tentang muzium. Malah banyak maklumat yang tidak dapat diperoleh seperti yang didapati di laman sesawang institusi muzium yang lain dimana mereka mempunyai laman sesawa khas dan memaparkan pelbagai maklumat untuk disampaikan kepada pengguna. Oleh itu satu kajian telah dilakukan iaitu keberkesanan laman sesawang sebagai medium promosi kepada Muzium Orang Asli di Gombak untuk menjawab persoalan kajian bagaimanakah susun atur laman sesawang Muzium Orang Asli di Gombak dan apakah keperluan laman sesawang sebagai sistem penyampaian kepada Muzium Orang Asli Gombak.

Download File / URL

[thumbnail of Nabihah Najlaa Zamri.pdf] Text
Nabihah Najlaa Zamri.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 55
Supervisor: Ts. Dr. Mukhtaruddin Bin Musa
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3971
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2