Digital Special Collection Portal

Teguran Masyarakat Melayu Dalam Koleksi Seloka Terpilih. Satu Analisis Model Smcr Oleh Wilbur Schramm.


Citation

Muhammad Ridzuan Mohd Ahdil (2021) Teguran Masyarakat Melayu Dalam Koleksi Seloka Terpilih. Satu Analisis Model Smcr Oleh Wilbur Schramm. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). (Submitted)

Abstract

Harun Mat Piah (1989:122) menyatakan bahawa perkataan seloka berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu “shloka” yang membawa kepada maksud sebuah puisi yang terdiri daripada dua baris. Manakala Zainal Abidin bin Ahmad (1976) berpendapat seloka ialah sebuah puisi karangan berangkap di mana setiap hujung atau rimanya tidak tetap dan mempunyai pertentangan. Kebanyakkan karya seloka berunsurkan jenaka, sindiran dan kritikan kepada tingkah laku dan keperibadian masyarakat Melayu pada ketika itu. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji adalah berkaitan dengan teguran masyarakat Melayu dalam koleksi seloka dengan mengaplikasikan Model SMCR oleh Wilbur Schramm. Kajian ini juga menggunakan kaedah kepustakaan di mana bahanbahan bertulis dan bercetak seperti artikel, jurnal, buku dijadikan bahan rujukan oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti, menganalisis dan membincangkan tentang teguran masyarakat Melayu yang terdapat di dalam seloka terpilih. Hasil kajian mendapati setiap teguran yang disampaikan merupakan kepincangan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat Melayu ketika itu. Penyampaian teguran secara berlapik dan berkias dengan menggunakan nada bergurau mampu memberikan kesan penegasan dalam setiap jiwa masyarakat Melayu yang mendengarnya.

Download File / URL

[thumbnail of MUHAMMAD RIDZUAN MOHD AHDIL.pdf] Text
MUHAMMAD RIDZUAN MOHD AHDIL.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 68
Supervisor: Dr. Nordiana Binti Ab Jabar
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3963
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2