Digital Special Collection Portal

Kajian Tentang Alat Muzik Tradisional Geduk Dalam Persembahan Wayang Kulit Di Kelantan.


Citation

Muhammad Norfazli Jasni (2021) Kajian Tentang Alat Muzik Tradisional Geduk Dalam Persembahan Wayang Kulit Di Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). (Submitted)

Abstract

Bagi memenuhi keperluan sukatan tahun akhir bagi kursus Pengajian Warisan, suatu kajian telah dijalankan iaitu kajian berkenaan alat muzik tradisional khususnya Geduk dalam persembahan Wayang Kulit. Bagi kajian kajian ini, terdapat tiga objektif yang menjadi tunjang utama iaitu mengenai cara pembuatan alat muzik Geduk, mengenalpasti Pola Ritma dalam permainan alat muzik Geduk dan juga cara untuk memahami pembelajaran dan latihan dalam permainan alat muzik Geduk. Melalui cara pembuatan alat muzik geduk, dapat dilihat masa yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah alat muzik itu sangat lama sekitar 3 minggu. Melalui teknik untuk bermain alat muzik Geduk, dapat dilihat kefahaman terhadap tempo, irama serta rentak lagu amat penting supaya persembahan wayang kulit berjalan lancar. Kajian ini turut menjelaskan berkenaan dengan cara untuk memahami tentang proses latihan dan pembelajaran dalam permainan alat muzik Geduk di mana ianya akan membantu pemain dengan memahami dan menghafal jenis rentak, tempo dan irama dalam waktu masa yang baik dan teratur. Metodologi yang digunakan di dalam kajian ini memudahkan pengkaji untuk memperoleh maklumat secara terperinci dan sempurna.

Download File / URL

[thumbnail of MUHAMMAD NORFAZLI JASNI.pdf] Text
MUHAMMAD NORFAZLI JASNI.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 76
Supervisor: Dr. Raja Iskandar Bin Raja Halid
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3962
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2