Digital Special Collection Portal

Perancangan Garis Panduan Identiti Korporat Bagi Syarikat Bina Masyarakat Peduli


Citation

Muhammad Faisal Akbar (2021) Perancangan Garis Panduan Identiti Korporat Bagi Syarikat Bina Masyarakat Peduli. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Di dalam penyelidikan ini, penyelidik ingin memberi fokus kepada perancangan identiti
korporat untuk Syarikat Bina Masyarakat Peduli. Nama Bina Masyarakat Peduli diambil dari
motto pengasas syarikat ini iaitu, En. Muhammad Salahudin Hakim. Walaupun syarikat ini
sudah lama ditubuhkan, iaitu hampir 20 tahun, tetapi garis panduan identitinya amatlah kurang
memuaskan. Oleh hal yang demikian, matlamat yang utama dalam penyelidikan ini adalah
untuk melaksanakan garis panduan identiti korporat yang berkesan dan berkualiti pada Syarikat
Bina Masyarakat Peduli. Antara objektif di dalam penyelidikan ini adalah melaksanakan garis
panduan yang akan dibangunkan berdasarkan kekurangan yang terdapat di dalam Syarikat Bina
Masyarakat Peduli terlebih dahulu dan sekali gus menjadikannya sebagai salah satu kelebihan
pada syarikat ini. Garis panduan ini juga akan dibangun mengikut standard yang digunakan
oleh syarikat-syarikat yang lain. Metodologi yang digunakan di dalam penyelidikan ini adalah
secara kuantitatif. Pengumpulan data bagi Perancangan Garis Panduan Identiti Korporat bagi
Syarikat Bina Masyarakat Peduli adalah melalui beberapa kaedah iaitu, kajian soal selidik,
pemerhatian, sumber internet dan sumber kepustakaan. Oleh hal yang demikian, dengan
menjalankan penyelidikan ini diharapkan ianya akan dapat membantu Syarikat Bina
Masyarakat Peduli untuk menaikan taraf syarikat yang sedia ada dalam aspek nilai visual dan
estetika dalam mempromosikan perkhidmatannya.
Kata Kunci : Perancangan, Garis Panduan Identiti Korporat, Syarikat Bina Masyarakat
Peduli.

Download File / URL

[thumbnail of MUHAMMAD FAISAL AKBAR - C17A0458.pdf] Text
MUHAMMAD FAISAL AKBAR - C17A0458.pdf

Download (8MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 71
Supervisor: Dr Tengku Fauzan Binti Tengku Anuar
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3955
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2