Digital Special Collection Portal

Konsep Rekabentuk Rak Kasut Ergonomik Mengikut Keperluan Dan Kehendak Pengguna Di Malaysia.


Citation

Muhammad Azamuddin Mohd Seberi (2021) Konsep Rekabentuk Rak Kasut Ergonomik Mengikut Keperluan Dan Kehendak Pengguna Di Malaysia. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti konsep rekabentuk rak kasut ergonomik mengikut keperluan dan kehendak pengguna di Malaysia. Di samping itu,
mengenal pasti masalah ergonomik dalam reka bentuk rak kasut sedia ada. Seterusnya, mereka bentuk konsep reka bentuk rak kasut yang dapat dibangunkan berdasarkan kepada persepsi pengguna di Malaysia. Rak kasut adalah unit penyimpanan perabot biasa yang terdapat di pasaran yang ada dengan pelbagai jenis reka bentuk. Masalah kebolehgunaan dalam reka bentuk rak kasut konvensional yang ada boleh membawa kepada pengguna
mengalami kecederaan / ketidakselesaan muskuloskeletal tertentu, penyelidik telah mengembangkan konsep rak kasut ergonomik mengikut keperluan dan kehendak
pengguna di Malaysia. Walau bagaimanapun, masih ada beberapa jurang kekurangan pada rak kasut ergonomik yang ada yang boleh menghalang kebolehgunaan. Kajian in
dilaksanakan melalui tinjauan berbentuk soalan kaji selidik yang mengandungi beberapa bahagian soalan berkaitan konsep rekabentuk rak kasut ergonomik. Untuk mencapai tujuan kajian ini, tinjauan yang melibatkan 40 responden pengguna rak kasut dilakukan untuk mendapatkan maklum balas mengenai konsep rekabentuk rak kasut ergonomik. Tinjauan ini sangat penting untuk mengetahui spesifikasi dalam rekabentuk rak kasut ergonomik melalui persepsi pengguna di Malaysia.

Download File / URL

[thumbnail of Muhammad Azamuddin_2.pdf] Text
Muhammad Azamuddin_2.pdf

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 108
Supervisor: Prof Ir. Ts. Dr. Ahmad Rasdan bin Ismail
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3952
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2