Digital Special Collection Portal

Mengkaji Persepsi Pelajar Mengenai Kandungan Inovasi Animasi 2D Dalam Kursus Pengenalan Kepada Kejuruteraan.


Citation

Muhammad Ajmal Haidir (2021) Mengkaji Persepsi Pelajar Mengenai Kandungan Inovasi Animasi 2D Dalam Kursus Pengenalan Kepada Kejuruteraan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). (Submitted)

Abstract

Melihat taraf sistem pendidikan di Malaysia yang semakin rancak pencapaiannya bagi generasi sekarang pada ketika ini, permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) berjaya diatasi dengan menggunakan kaedah multimedia yang kini telah dianggap sebagai salah satu kaedah teknologi yang amat penting. Multimedia dapat dirumuskan sebagai wadah atau pernyatuan beberapa media yang kemudian didefinisikan sebagai elemen pembentukan multimedia. Oleh itu, multimedia adalah gabungan antara grafik, teks, animasi, video dan bunyi. Animasi adalah variasi multimedia. Multimedia membantu menyediakan bahan-bahan pendidikan, membuat persembahan hiburan, pengiklanan dan banyak lagi. Secara keseluruhan, multimedia sangat interaktif dan merupakan kaedah yang berkesan untuk menyampaikan maklumat. Oleh itu, bidang pendidikan dilihat sebgai salah satu bidang yang paling layak menggunakan teknologi maklumat. Penggunaan animasi dalam bidang pendidikan membolehkan konsep yang kompleks dapat disampaikan secara visual dan dinamik dengan mudah supaya mudah difahami dan diingati oleh pelajar (Jamalludin 2003). Tujuan kajian ini adalah untuk Mengkaji Persepsi Pelajar Mengenai Kandungan Inovasi Animasi 2D Dalam Kursus Pengenalan Kepada Kejuruteraan. Kajian ini menggunakan kaedah teknik pengumpulan data melalui kaji selidik, pemerhatian dan sumber rujukan serta soal selidik. Oleh itu, kajian yang dibuat ini juga merupakan salah satu pendekatan yang berkesan Dengan adanya cara baru terhadap penyampaian yang baru, para pelajar atau pengajar mungkin juga akan meningkatkan lagi mutu pendidikan negara kearah yang lebih baik. Mungkin sebelum ini ada pengajar yang terlepas pandang atau tidak tahu akan medium animasi ini boleh dijadikan sebagai salah satu teknik yang berkesan dalam kaedah penyampaian pengajaran didalam kelas, tetapi selepas adanya penyampaian pengajaran menggunakan medium animasi yang berkesan didalam kelas, semestinya akan dapat membuka peluang untuk para pengajar lain menceburi teknik ini.

Download File / URL

[thumbnail of MUHAMMAD AJMAL.pdf] Text
MUHAMMAD AJMAL.pdf - Submitted Version

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 65
Supervisor: Ts. Dr. Anuar Bin Mohd Yusof
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3950
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2