Digital Special Collection Portal

Bangunan Bersejarah Residen British Dijadikan Sebagai Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.


Citation

Muhammad Afi Hazwan Nasaruddin (2021) Bangunan Bersejarah Residen British Dijadikan Sebagai Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Di dalam thesis ini, tajuk yang telah dipilih oleh pengkaji untuk melakukan kajian adalah tentang Bangunan Lama Residen British yang telah dijadikan sebagai Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.Bangunan lama residen british ini dibina pada tahun 1 Julai 1888. Namun bangunan ini telah banyak mengalami perubahan iaitu dari segi fungsi dan seni bina tambahan yang telah dilakukan dari masa ke semasa. Terdapat beberapa permasalahan kajian yang terdapat dalam kajian ini. Antaranya adalah perubahan fungsi bangunan lama residen british itu sendiri. Hal ini kerana terdapat beberapa perubahan fungsi terhadap bangunan lama residen british itu dari masa ke semasa sehingga kini yang telah dijadikan sebagai Muzium Sultan Abu Bakar. Selain itu, keunikkan dan keistimewaan seni bina yang terdapat pada Muzium Sultan Abu Bakar tersebut. Terdapat beberapa objektif kajian yang telah digunakan dalam kajian ini iaitu untuk mengkaji sejarah bangunan lama residen british ini dan mengenal pasti Keunikkan seni bina yang terdapat pada Muzium Sultan Abu Bakar tersebut. Seterusnya semasa melakukan kajian ini terdapat beberapa kaedah kajian yang telah digunakan, hal ini kerana untuk memudahkan kajain dan mendapatkan maklumat. Antara kaedah yang telah digunakan adalah kaedah temu bual responden. Akhirnya diharapkan agar kajian penyelidikkan berkaitan Bangunan Lama Residen British ini dapat dimanfaatkan dan rujukkan yang boleh digunakan oleh semua orang.

Download File / URL

[thumbnail of Muhammad Afi Hazwan Nasaruddin.pdf] Text
Muhammad Afi Hazwan Nasaruddin.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 83
Supervisor: Puan Farrah Atikah Binti Saari
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3948
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2