Digital Special Collection Portal

Rumah Lindungan Di Raja : Penerokaan Seni Bina Rumah Tradisional Di Raja Di Sedim, Kedah.


Citation

Muhamad Zulhilmi Md Nasir (2021) Rumah Lindungan Di Raja : Penerokaan Seni Bina Rumah Tradisional Di Raja Di Sedim, Kedah. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Rumah Lindungan Di Raja : Penerokaan Seni Bina Rumah Tradisional Di Raja Di Sedim, Kedah”. Rumah Lindungan Di Raja ini merupakan rumah kepunyaan milik Haji Mohd Yasin yang pernah menyelamatkan nyawa Almarhum Sultan Abdul Hamid iaitu Sultan Negeri Kedah bersama kerabat raja yang lain daripada tentera Jepun. Rumah Lindungan Di Raja ini dibina pada tahun 1934 sebelum kemerdekaan bagi Tanah Melayu dan lokasinya adalah bertempat di Kampung Lindungan Di Raja, Sedim, Kedah. Pengkaji mendapati bahawa rumah berkenaan merupakan rumah yang bersejarah dan bercirikan keunikkan seni bina rumah melayu tradisional yang terdapat pada struktur binaannya. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti jenis-jenis keunikkan seni bina pada Rumah Lindungan Di Raja selain turut mengkaji cara-cara pemeliharaan dan pemuliharaan yang berkesan pada seni bina rumah tersebut. Oleh itu, kajian ini akan memerihalkan isu kepentingan terhadap nilai warisan bagi Rumah Lindungan Di Raja kepada pelbagai pihak sekiranya langkah pemuliharaan dan pemeliharaan dibuat. Justeru, hal ini dapat menghargai nilai warisan ketara yang berharga ini khususnya untuk generasi yang akan datang.

Download File / URL

[thumbnail of MUHAMAD ZULHILMI MD NASIR.pdf] Text
MUHAMAD ZULHILMI MD NASIR.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 76
Supervisor: Dr. Tsuji Shyuji
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3947
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2