Digital Special Collection Portal

Pengenalan Alphabet Untuk Kanak – Kanak Tadika Yang Berusia 4 Hingga 6 Tahun Dengan Menggunakan Kaedah Board Game


Citation

Muhamad Hafizul Zainul Asri (2021) Pengenalan Alphabet Untuk Kanak – Kanak Tadika Yang Berusia 4 Hingga 6 Tahun Dengan Menggunakan Kaedah Board Game. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Pembelajaran berasaskan kepada permainan merupakan sesuatu yang sangat penting dan popular diluar negara tetapi kurang dimainkan di negera kita ini. Pembelajaran berasaskan permainan ini mampu meningkatkan hasil pelajaran akademik seseorang kanak kanak dan mampu untuk berjaya pada abad ke 21. Hasil kajian mendapati ibubapa mulai risau tentang perkembangan pembelajaran anak mereka. hal ini kerana, ada kanak yang usia 4 tahun sudah mulai pandai mambaca. Dalam kajian ini terdapat beberapa objektif kajian yang dapat pengkaji kenalpasti iaitu, untuk mengkaji cara paling sesuai untuk membantu anak kecil mengenal dan mengahafal alphabet dengan mudah, untuk mengenalpasti faedah bermain board game berbanding dengan permainan digital dan mengkaji reka bentuk susun atur yang paling sesuai untuk digunakan dalam permainan board game ini. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan model kajian ADDIE dalam menjawab semua objektif dan permasalahan kajian. Model tersebut mempunyai 5 peringkat iaitu analisis, merekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Hasil kajian mendapati produk yang dihasilkan oleh pengkaji kebanyakkan diterima oleh masyarakat. Hal ini kerana, penghasilan produk tersebut mampu mempercepatkan proses pembelajaran seseorang kanak kanak. Dengan adanya produk ini, pengkaji sangat berharap pada suatu hari nanti produk ini akan dapat digunakan didalam bentuk digital dan boleh diakses oleh semua orang.
Kata kunci : Pembelajaran berasaskan permainan, Board Game

Download File / URL

[thumbnail of MUHAMAD HAFIZUL BIN ZAINUL ASRI (C17A0113).pdf] Text
MUHAMAD HAFIZUL BIN ZAINUL ASRI (C17A0113).pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 94
Supervisor: Dr Tengku Fauzan Binti Tengku Anuar
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3945
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2