Digital Special Collection Portal

Kajian Penghasilan Video Korporat Bagi Syarikat Wawa Printing Di Kota Bharu, Kelantan


Citation

Mohamad Alif Mohd Zailani (2021) Kajian Penghasilan Video Korporat Bagi Syarikat Wawa Printing Di Kota Bharu, Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Video korporat merupakan jenis kandungan video berdasarkan iklan yang dibuat dan ditugaskan oleh perniagaan, syarikat, atau organisasi. Hari ini, sebahagian besar kandungan video korporat dihoskan dalam talian dan diterbitkan di laman web syarikat dan diedarkan melalui media sosial atau pemasaran e-mel. Permasalahan yang wujud hasil daripada kajian ini ialah perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat wawa printing kurang dikenali oleh masyarakat setempat di sekitar Kota Bharu,Kelantan. Objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti apakah jenis perkhidmatan yang telah disediakan oleh syarikat wawa printing kepada pelanggan. Selain itu, reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaedah kuantitatif. Manakala, pengumpulan data pula melibatkan dua sumber iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer meliuti dari segi pemerhatian , soal selidik , dan temubual. Di samping itu, Sumber sekunder pula adalah kaedah perpustakaan dan internet. Daripada segi pendekatan bentuk kajian kuantitatif, pengkaji menggunakan kaedah persampelan. Kaedah persampelan merupakan satu subset populasi dan sampel berupaya mewakili keseluruhan populasi.Pengkaji mengambil sampel daripada kalangan masyarakat setempat berhampiran dengan syarikat wawa di sekitar Kota Bharu, Kelantan. Instrumen juga digunakan bagi memudahkan untuk mengumpul maklumat dengan menggunakan borang soal selidik. Kepentingan kajian ini adalah memberi imej korporat yang baru kepada syarikat wawa sekaligus meningkatkan lagi imej syarikat lebih dikenali oleh pelanggan yang lain
Kata kunci : video korporat , perkhidmatan , syarikat dan Kota Bharu.

Download File / URL

[thumbnail of MOHAMAD ALIF BIN MOHD ZAILANI C17A0083.pdf] Text
MOHAMAD ALIF BIN MOHD ZAILANI C17A0083.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 50
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3931
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2