Digital Special Collection Portal

Citra Wanita Dalam Harga Sebuah Maruah Karya Azizi Haji Abdullah Aplikasi Kritikan Feminisme


Citation

Karim, Aina Syafiqah (2021) Citra Wanita Dalam Harga Sebuah Maruah Karya Azizi Haji Abdullah Aplikasi Kritikan Feminisme. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat citra wanita dalam Harga Sebuah Maruah karya Azizi Haji Abdullah. Citra wanita merupakan suatu gambaran atau imej yang melambangkan peribadi wanita yang menarik bertujuan untuk mengangkat kedudukan wanita khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu melalui penulisan novel. Skop kajian ini adalah meliputi teks novel Harga Sebuah Maruah karya Azizi Haji Abdullah. Oleh itu, teori feminisme oleh Elaine Showalter 1979 diaplikasikan dalam kajian ini dilihat dari perspektif kritik feminsme iaitu penulisan karya lelaki yang menulis cerita mengenai wanita. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif yang terdiri daripada kaedah kepustakaan dan sumber internet. Terdapat tiga objektif yang dikemukakan iaitu mengenalpasti tanggungjawab yang dilaksanakan di dalam novel Harga Sebuah Maruah, menganalisis citra wanita yang digunakan dalam novel Harga Sebuah Maruah, dan menganalisis prinsip kritikan teori feminisme dalam novel Harga Sebuah Maruah. Justeru, kajian ini penting untuk mendalami dan mengenali karya Azizi Haji Abdullah terutama novel Harga Sebuah Maruah yang dikaji dari sudut Teori Feminisme dan ia bercakap berkaitan isu penindasan terhadap golongan wanita. Hal ini dikatakan demikian kerana watak utama yang ditonjolkan ini memaparkan keupayaan dan kehebatan seseorang wanita dalam mempertahankan hak mereka. Seperti yang kita ketahui bahawa
kaum wanita sering dianggap lemah oleh masyarakat. Justeru itu, hasil kajian mendapati bahawa novel ini telah berjaya menonjolkan keupayaan yang dimiliki oleh kaum wanita juga setanding dengan golongan lelaki.

Download File / URL

[thumbnail of AINA SYAFIQAH BINTI KARIM C18A0025.pdf] Text
AINA SYAFIQAH BINTI KARIM C18A0025.pdf - Published Version

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 94
Supervisor: Dr. Nasirin Bin Abdillah
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3922
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2