Kajian ini bertujuan mengkaji penggunaan unsur metafora ke dalam isu komentar sosial dalam penghasilan catan Pop Surealism. Dalam kajian ini, terdapat beberapa kaedah yang telah digunakan oleh pengkaji seperti soal selidik, analisis data dan bersertakan dengan beberapa teori untuk mengukuhkan lagi hasil dapatan seperti model kritikan Feldman, teori Ikonografi dan teori Semantik. Oleh itu, dengan menggunakan kaedah tersebut dapat memudahkan pengkaji untuk mengenalpasti, menganalisis dan mencipta karya peribadi dengan menggunakan unsur metafora di dalam isu komentar sosial. Kesimpulanya, hasil kajian ini dapat membantu pengkaji untuk menyampaikan idea, mesej dan konsep karya dengan lebih jelas serta efektif dengan menggunakan unsur metafora.