Digital Special Collection Portal

Dokumentasi Warisan Perkahwinan Adat Perpatih Di Kuala Pilah, Negeri Sembilan


Citation

Harun, Suhaila (2021) Dokumentasi Warisan Perkahwinan Adat Perpatih Di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Soal perkahwinan dan kekeluargaan bagi masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih adalah mengamalkan cara hidup bersuku, iaitu cara hidup secara berkeluarga dengan ahli keluarga yang terdiri daripada satu ikatan sedarah sedaging. Mengikut Adat Perpatih, selepas berkahwin si suami akan meninggalkan keluarganya kerana si isteri akan membawanya untuk tinggal di rumah pusaka (rumah gadang) atau rumah sendiri yang dibina berhampiran dengan rumah pusaka ibu si isteri. Hal ini kerana jika berlakunya penceraian atau isteri meninggal dunia antara suami dan isteri, suami akan kembali semula kepada sukunya yang asal dan anak-anak mereka akan menjadi hak rumpun ibunya. Kajian ini juga mengenalpasti sumber untuk dijadikan sebagai rujukan juga masih kurang, malah pakarpakar rujukan juga dalam kalangan pengamal adat tidak seperti yang dianggap kerana disebabkan oleh kekurangan ilmu yang diwarisi. Pengamal Adat Perpatih juga telah mulai meninggalkan sedikit demi sedikit kepentingan Adat dengan mengantikan dengan fahaman yang baru hingga kini pada bad ke-21 telah banyak berubah. Objektif kepada kajian ini adalah untuk mengenalpasti ciri-ciri perkahwinan Adat Perpatih, mengetahui tata tertib perkahwinan dalam adat Perpatih dan mengkaji kesan perkahwinan antara suku yang sama. Metode yang digunakan adalah kaedah temubual, dan kajian perpustakaan. Kajian ini adalah untuk mendapatkan lagi maklumat yang sahih mengenai adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat di negeri Sembilan.
Katakunci: Adat perpatih, perkahwinan, negeri Sembilan, tatatertib

Download File / URL

[thumbnail of C18A0430_SUHAILA BINTI HARUN.pdf] Text
C18A0430_SUHAILA BINTI HARUN.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 62
Supervisor: Puan Farrah Atikah Binti Saari
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3915
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2