Digital Special Collection Portal

Analisis Kritikan Sosial Dalam Filem Melayu Zombi Kampung Pisang


Citation

Fatin Nadhirah Muhammad Anuar Loh (2021) Analisis Kritikan Sosial Dalam Filem Melayu Zombi Kampung Pisang. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kritikan sosial dalam filem merupakan suatu perkara yang sangat penting kerana filem adalah
sebahagian daripada cerminan msyarakatnya. Pelbagai kritikan sosial yang dipaparkan dalam
filem terutamanya filem Melayu. Hal ini dapat dilihat, melalui filem-filem karya arahan Mamat
Khalid yang banyak memaparkan kritikan sosial dalam kalangan masyarakat seperti filem
Zombi Kampung Pisang. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis
secara ktitis kritikan sosial yang terdapat dalam filem Zombi Kampung Pisang. Kajian ini
menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan cara pengumpulan data dan menganalisis data
tersebut. Antaranya ialah kelunturan semangat patriotik, gejala rempit dalam kalangan masyarakat, golongan muda yang terlibat dengan gejala vandalisme dan golongan asing yang menyerang serta menjajah kehidupan masyarakat Melayu. Justeru itu, kajian ini mampu untuk membuka ruang kepada penyelidik akan datang bagi mengkaji kritikan sosial yang terdapat dalam filem Melayu yang telah diterbitkan di Malaysia iaitu filem Zombi Kampung Pisang arahan Mamat Khalid.

Download File / URL

[thumbnail of FATIN NADHIRAH BINTI MUHAMMAD ANUAR LOH.pdf] Text
FATIN NADHIRAH BINTI MUHAMMAD ANUAR LOH.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 72
Supervisor: En Hidayat Hamid
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif Dan Warisan
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3913
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2